
Kita pernah dihiburkan dengan kumpulan pelawak Senario satu ketika dahulu yang pastinya tidak kering gusi dengan persembahan mereka yang sarat elemen humor.
Baru-baru ini, Hairul Azreen telah berkongsi video di Instagramnya apabila dia bersama salah seorang anggota kumpulan Senario, Lan PetPet.
Menariknya, Hairul sangat menghargai bakat lawak yang ada dalam diri Lan yang sentiasa menghiburkan itu dan menyatakan dalam kapsyen yang dimuat naik bersama video.
Dari dulu lagi kita di hiburkan dengan lawak Senario , saya takkan lupa saat itu,
terima kasih happykan kami
rakyat 🇲🇾 selama ini ,
malam tadi ride dgn
@lanpetpet , best gila non stop gelak kami
Video tersebut melihatkan Lan ‘mengusik’ Hairul mengenai filem lakonannya, Paskal. Pada ketika itu, Hairul dan Lan serta beberapa rakan yang lain telah meluangkan masa bersama melakukan aktiviti berbasikal pada waktu malam.
VIDEO :
Netizen turut terhibur dengan lawak spontan Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad. Tidak kurangnya, ada juga netizen yang merindui lawak jenaka kumpulan Senario yang pernah mewarnai industri hiburan satu ketika dahulu.
Hahaha aspresgo aciketummm hahahahaha
Legend ni. wakakkaka masih berbisa
Suruh dia lakon citer hantu kak limah lak…mesti jadi lagi lawakk…
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady
Sumber : Instagram hairulazreen via MH via LubukMaklumat