[VIDEO] “Kalau Ada Jihan..Lagi Masuk Air” – Lawak Nabil Kacau Faizal Tahir Sampai Lupa Lirik Bikin Ramai Terhibur

Malam tadi, penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir telah diundang ke rancangan temubual sensasi MeleTOP bagi mempromosikan single terkininya yang bertajuk Ragaman. Terdahulu, kali terakhir beliau diundang ke rancangan ini adalah ketika bersama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi mempromosikan pertandingan Big Stage.

Sepanjang sesi tersebut, Nabil Ahmad dan Neelofa yang merupakan hos rancangan itu turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau yang jatuh pada 26 Oktober lalu. Tahun ini, Faizal Tahir telah pun genap berusia 40 tahun dan mengakui yang beliau sudah semakin stabil dalam industri seni dan juga kehidupannya.

Pada penghujung rancangan tersebut, Faizal Tahir menyampaikan lagunya yang semakin meningkat popular itu memandangkan beliau adalah tetamu jemputan yang terakhir. Walaupun persembahannya sangat baik, tapi perkara yang lebih menarik perhatian ramai adalah gelagat Nabil Ahmad semasa menari dengan penyanyi tersebut.

Faizal Tahir Ragaman

Melalui video tersebut, Faizal Tahir sendiri susah untuk menyampaikan lagu tersebut apabila pelawak berkenaan turut bersama dengannya di atas pentas. Mana taknya, Nabil siap memeluk dan mengusiknya, sampai beliau beberapa kali ketawa dan terlepas rangkap lagu itu. Rata-rata netizen yang turut terhibur dengan telatah mereka berdua menganggap Nabil sebagai hos yang sangat sporting dan kelakar.

Nabil dah macam Kwang Soo kalau buat memek muka…

Kelakar la Faizal Tahir dengan Nabil

Sampai lupa lirik dibuatnye, Nabil masuk air tol malam ni

Kalau ada Jihan teman Nabil sekali lagi masuk air…ni Neelofa…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: Youtube MeleTOP & IG via MediaOhsem


Apa Kata Anda?