“Wah padu banget!” – Lihat Gaya Lelaki Indonesia Ni Mengayat Minah Arab, Pickup Lines Sempoi Beb!

Lelaki selalunya akan guna macam-macam cara untuk mengorat dan cuba berkawan dengan gadis yang disukainya. Gaya yang paling ‘top’ selalu digunakan para lelaki ialah ‘pickup lines’. Budak darjah 5 pun dah pandai atur pickup lines gaiss! 

Jadinya baru-baru ni, viral satu video di Twitter menunjukkan seorang lelaki Indonesia sedang ‘mengayat’ gadis-gadis Arab. Guess what? Dia pakai pickup lines gaiss! Lagi menarik dia sebut pickup lines dalam Bahasa Arab.

Sumber: Twitter

“Tahu tak apa bezanya kamu dengan internet? Internet itu 4G, kamu itu ‘4 ME’!” 

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dilihat mendekati 3 gadis Arab yang comel-comel belaka ni dan bertanyakan soalan ‘serius’ dekat salah seorang kawannya.

Soalan pertama berbunyi, “Tahu tak apa bezanya kamu dengan internet?” Mula-mula gadis tu nampak blur sikit sebab tak paham soalan. So dia jawab tak tahu.

Lepas tu, mamat tu terus bagi jawapan, “Internet tu 4G tapi awak itu 4 ME.” Halamakkk terkedu gadis Arab tu beb!

Bila dia teruskan soalan yang kedua, gadis Arab ni dah macam dapat agak.

“Tahu tak apa perbezaan kamu dengan bintang?” 

Gadis Arab tu menggeleng. Jawapannya, “Bintang itu di langit, tapi kamu di hatiku.” Terus tersipu-sipu malu minah Arab tu siap gelak tutup mulut. Aduh brader sempoi betullah! Tengok video kat bawah ni. 

 

“Kenapa aku tersengih-sengih tengok video niii” 

Rata-rata netizen memang terkesima habislah tengok brader tu mengayat perempuan Arab dengan menggunakan Bahasa Arab. Smooth je kan? Kalah pak Arab lain! 

Kebanyakan mereka salute dengan gaya brader ni dan menyesal kenapa dari dulu tak belajar Bahasa Arab betul-betul. Kan dah melepas!

Admin harap video ni dapatlah beri korang motivasi untuk belajar Bahasa Arab. Bukan sebab nak mengorat perempuan Arab yang cantik-cantik tu tapi untuk ilmu di masa depan jugak!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: LobakMerah


Apa Kata Anda?