Letih jadi hamba hiburan, Erma Fatima harap tiada artis papa kedana, melarat

PENGARAH terkenal Erma Fatima terharu apabila impiannya melihat isu industri seni dibincangkan di Dewan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan.

Erma berterima kasih dengan Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid yang mengutarakan isu tersebut dan memohon agar kerajaan memandang industri seni dengan lebih serius.

“Alhamdulillah… terlaksana impian aku agar isu ini mendapat perhatian kerajaan baru demi masa depan orang seni.

“Terima kasih Ahli Parlimen Kapar. Sesungguhnya kami golongan artis sudah terlalu lama dianggap hanya sebagai penghibur, penghias pentas, penyeri pentas politik ketika pilihanraya dan selepas pilihanraya kami tak lagi dipedulikan,” tulisnya.

Dalam pada itu Erma berkata, dia dan pengkarya seni lain sudah letih menjadi hamba hiburan semata-mata.

Erma Fatima

Menerusi video yang dimuat naik, Abdullah Sani memohon agar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan kerajaan melaksanakan dasar baharu agar pengkarya seni tidak hidup melarat.

“Pelakon tiada royalti, harga pembelian drama tidak pernah naik, mohon kerajaan sediakan dasar baharu agar pengkarya seni tidak hidup papa kedana dan melarat serta tiada langsung masa depan.

“Saya diberitahu oleh penerbit tersohor Erma Fatima yang berjumpa saya sebentar tadi. Saya mohon menteri sekurang-kurangnya merenung masa depan Allahyarham Seniman Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Khalid Salleh yang baharu meninggal dunia baru-baru ini langsung tiada harta,” ujarnya.

Sementara itu, Gobind yang menjawab persoalan Ahli Parlimen Kapar berkata perkara tersebut sedang dalam perhatian kerajaan.

Dia bersetuju dan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik membantu nasib penggiat seni tempatan.

“Kita komited mencari jalan supaya dapat menyelesaikan masalah ini. Kita juga mahu beri semangat kepada mereka untuk bersaing di peringkat luar negara.

“Saya beri jaminan bahawa perkara ini dalam perhatian, akhir tahun ini kita akan dapat melihat hasilnya,” ujarnya.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Source


Apa Kata Anda?