Baru Dapat Peluang Untuk Gunakan Hadiah Gegar Vaganza, Liza Hanim Dan Suami ‘Babymoon’ Di Turki

Jarang dapat tengok gambar-gambar Liza Hanim dan suami, Shahrin Samsudin bercuti bersama. Suami yang sentiasa menyokong kuat kerjaya isterinya,menurut Liza Hanim seperti menatang minyak yang penuh.

Menurut Liza, trip ke Turki sebenarnya adalah Gegar Vaganza 4 (GV4) yang baru berkesempatan untuk beliau gunakan kerana sibuk dengan undangan nyanyian.

“Jalan berdua tu perlu… reignite the love kata orang Klang,” seloroh Liza.

“Terima kasih @selamat bercuti (selamatbercuti.com) di atas kemenangan ini, dapat saya dan suami babymoon.”

Liza yang kini sarat mengandung juga mengatakan bahawa percutian tersebut juga buat bayi dalam kandungannya.

Antara komen netizen ;

Bertiga tu…

So sweet kak Liza Hanim & husband.. semoga berbahagia selalu…

Happy holiday…

Apapun, BS berharap agar Liza Hanim menikmati percutian bersama suami dan semoga sentiasa berada dalam keaadaan yang terbaik pergi dan balik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Gempak


Apa Kata Anda?