“Di Zaman Ini, Susah Nak Jumpa Keluarga ‘Humble’ Sebaik Seluruh Keluarga Hanania” – Luahan Fasha Sanda Pada Keluarga Johan

Nur Fasha Sandha binti Hassan (lahir 28 Mac 1984) atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak “wanita malang” dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.

Langkah Fasha untuk melibatkan diri dalam bidang seni lakonan bermula apabila beliau diperkenalkan menerusi filem arahan Ambri Kailani, Black Maria sebagai watak pembantu.

Selepas itu, Fasha mendapat tawaran berlakon yang mencurah-curah bukan sahaja dari produksi filem, malah juga mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama sama ada untuk watak utama atau watak pembantu. Pada 2004, Fasha membintangi tiga filem serentak, iaitu filem komedi muzikal Bintang Hati arahan Aziz M. Osman yang mana beliau menjayakan watak sebagai June, seorang penggubah lagu yang bekerja untuk Syakila, yang dilakonkan oleh Amy Mastura. Beliau kemudiannya berlakon bersama Datuk Rosyam Nor menerusi filem Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi, Fasha memegang watak Yasmin, seorang guru baru di sekolah Iman. Selepas Bintang Hati dan Berlari Ke Langit, Fasha membintangi filem drama muzikal SH3 arahan Zek Zukri.

Pelakon Fasha Sandha mengakui kagum dengan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh keluarga pelawak dan penyampai radio Johan.

Menerusi entri di Instagram (IG), isteri kepada Johan, Ozlynn berkongsi kisah persahabatan yang dijalinkan dengan Fasha sejak dulu lagi.

“Dari mengandung ibu selalu dengan mama. Kadang ibu tak boleh tidur ibu text mama sama jugak dengan mama. Tak sangka anak dalam kandungan ibu dan mama sama-sama perempuan.

“Cuma ibu lahirkan Jemyma dulu dan yang paling tak disangka anak ibu dan mama pun rapat.

“Terima kasih ibu @fashasandha, Jemyma kembar Chantiq yang sudi sambut hari lahir Chantiq bersama-sama keluarga ibu.

“Seronok bila tengok Chantiq bukak hadiah tadi. Tak habis-habis cerita pasal birthday dia tadi. Mekasih ibu untuk kasih sayang ini. bBar la gambar dan video disimpanan mama ini yang berbicara,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen entri tersebut, Fasha juga meluahkan rasa kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh seluruh keluarga Ozlynn.

“Awww, I love you Mama Hanania and your beautiful family, tak tau macam mana nak cakap.

“Di zaman ni, susah nak jumpa keluarga humble sebaik seluruh keluarga Hanania, semoga kita semua terus bahagia, I love you,” tulisnya.

Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Fasha dan Ozlynn serta mereka mendoakan hubungan persahabatan mereka akan berkekalan selama-lamanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Gempak via RimbaBara


Apa Kata Anda?