“Jangan Sangka Yang Berkerdipan Itu Intan Permata” – Aishah Persoal Tentang Hadiah Pemenang GV4 Dari Dato’ Vida

SELEPAS hampir setahun menjuarai program Gegar Vaganza musim keempat, penyanyi Janji Manismu iaitu Aishah mendedahkan masih belum menerima hadiah berupa sebidang lot tanah banglo yang dijanjikan.

Aishah, 53, turut mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan usahawan terkenal Datuk Seri Vida juga sebenarnya tidak mempunyai nilai.

“Yang berkilauan tak semestinya berlian, yang dijanjikan dan digebang-gebangkan seantaro dunia adakalanya hanya ‘janji manismu’ sahaja hahaha.

“Adakalanya nak dapatkan hak yang dah dimenangi pun punyalah banyak helah. Yang dah diberi tengok-tengok (rupa-rupanya) cuma berkilauan tapi tak ada harga pun.

Aishah meluahkan perasaan kecewanya di Instagram.

“Kalau buat rumah banglo dalam lapan bulan dah siapkan? Kalau banglo kecil rasanya dah lama siap tapi tanah tiada, tanahnya mana?” tulis Aishah di Instagram miliknya.

Menerusi pertandingan itu, Aishah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 selain hadiah sampingan sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas dan baucer beli-belah berserta trofi.

Dalam pada itu, Aishah berkata, tahap kesabarannya semakin menipis tambahan pula sudah memberi peluang kepada pihak penaja untuk memberi reaksi atau membetulkan keadaan namun hampa.

“Kesabaran dah mula menipis. Yang bercita-cita nak jadi anak seni fikirlah banyak-banyak kali dulu, tidak semudah yang difikirkan.

VIDEO : 

Kenangan…semua yg.melalui GV hingga ke final akan tau hecticnya jadual selama 8minggu.Pada usia 52tahun ianya sgt.mencabar…kemenangan sebagai juara sgt.manis bagi I seorang artiste yg telah digam sejak 2012,terima kasih tak terhingga kepada Astro kerana berani menjemput I ketika itu,mereka byk diganggu dari orang2 tertentu yg tidak suka I popular semula kerana I dianggap artiste pembangkang.Itu semuanya kenangan manis kecuali beberapa perkara.Boleh dijadikan satu pengajaran utk kita semua mungkin…semoga kita dapat muhasabah diri

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

“Kalau pun hadiah tambahan boleh main-main tipu-tipu je ke? Saya benar-benar tidak faham cara sebegini…. Salahkah I bersuara?” soalnya.

Sementara itu, Aishah memberitahu dia berasa terkilan apabila masih belum menerima lot tanah tersebut kerana hadiah itu sebenarnya pembakar semangatnya untuk berjuang dalam pertandingan itu.

Kata Aishah, sehingga kini dia masih menunggu bahagiannya daripada harta pusaka arwah ibu dan bapanya yang masih belum selesai sehingga ke hari ini.

“Cerita tanah ni yang membuatkan I tersentuh sangat kenapa? Berpuluh tahun I menunggu pusaka arwah ibu dan ayah yang tak diselesaikan (31 tahun lebih tepat) tapi saudara sedarah sedaging tidak menjalankan amanah sehingga hari ini.

Aishah bersama dua pemenang lain Liza Hanim (tempat kedua) dan Lan Solo (ketiga).

“Bukan sikit-sikit tanah pusaka tapi malang tak diselesaikan. Bila I dapat tahu salah satu hadiah GV5 adalah tanah lot banglo I cukup bersemangat.

“Sasaran I masa dapat tahu hadiah tanah tu was to be in the top three. Cita-cita di usia begini nak buat rumah setingkat (kaki sakit nak panjat tangga), rumah orang pencen bukan nak buat istana pun.

“Bila masalah timbul, benar-benar menitiskan air mata I… Mungkin rumah baru yang I impikan itu enam kaki ke bawah je untuk I… Wallahu a’lam,” tulisnya lagi yang merujuk kepada kedalaman tanah kubur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IslamikInfo via Limau Manis


Apa Kata Anda?