Maafkan Saya DS Siti Nurhaliza, Janji Tak Kacau Lagi.. – Eh Kenapa Pula Zizan Tu, Terhibur Dibuatnya!

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak berkongsi bahawa dia mengalami sakit perut lewat pagi tadi di laman IG Storynya.

“Morning dan sakit perut,” tulisnya.

Bagaimanapun, tanpa disangka Zizan menerima balasan daripada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri.

“Tu la… kacau lagi kita kat workshop..rasakan penangannya,” balas Siti.

Susulan itu, Zizan segera meminta maaf daripada penyanyi lagu Anta Permana itu.

“Tak baik main mak esah dato, maafkan saya. Saya janji tak kacau lagi,” balas pelakon filem Polis Evo itu pula.

Dalam pada itu, peminat juga menasihatkan agar Zizan hanya ‘mengacau’ rakan pelakon, Mira Filzah sahaja.

Sebelum ini, Zizan ada berkongsi video dia melawat sebuah ‘workshop’ namun menemui poster Siti di situ membuatkan dia pura-pura bertanya apa yang penyanyi itu lakukan di situ.

Apa-apapun, MH terhibur dengan jenaka tersebut. Moga-moga Zizan lepas ini mendapat pengajarannya.

Reaksi Win Zizan Bila Jumpa Dato’ Sri Siti Nurhaliza Di Kedai Motor Buat Netizen Ketawa Pecah Perut!

Aktor dan pelawak terkenal, Zizan Razak amat dikenali dengan sifatnya yang nakal dan kelakar. Sama ada sewaktu di dalam kaca TV mahupun ketika bersama dengan rakan atau peminat di luar lensa kamera, telatah dan ragamnya sentiasa mencuit hati orang sekeliling.

Baru-baru ini, Zizan Razak ada memuat naik satu video di aplikasi IG Story miliknya ketika memasuki sebuah kedai motosikal. Dalam paparan video tersebut, dia telah membuat satu penemuan yang sangat tidak dijangka dan jarang berada di dalam kedai motosikal lain.

Ternyata Zizan Razak merupakan seorang artis yang sangat kelakar dan boleh berlawak di mana sahaja dia berada. Para peminat juga sangat terhibur dengan celotehnya yang bersahaja ini.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IG zizanrazak869, ctdk & kini.viral via MediaOhsem


Apa Kata Anda?