Tak Saπgka Macam Ni Cara Pali Layan Iqy.

Pali juga antara watak yang menaikkan drama pujaan hati kanda slot akasia, menyifatkan seorang yang panas baran, malas kerja, lelaki yang suka berakasar dengan perempuan ibu bapa. Pali meminati Tiara watak yang di bintangi mira filzah dan cuba ingin mengahwinan Tiara tetapi gagal. Syazwan sangat mendalami watak pali ini, dan admin rasa dia berjaya membuat netizen rasa geram dengan wataknya.

Siapa kata Pali dengan Baby Iqy tak ngam? Penyayang sangat Pali ni.

VIDEO :

Pali tak ngam dengan baby iqy? Dia merasakan baby iqy sebagai penghalang cinta dia kepada tiara. Tapi itu dalam drama saja. Di luar Syazwan juga antara yang rapat dan suka melayan Iqy. Iqy atau nama sebenar Ayden sangat manja dengan syazwan di luar.

penyayangnya syazwan.

Rata rata netzen bagi komen yang positif, dan menyatakan yang syazwan layak dapat award untuk watak antagonis, sebab lakonannya sangat menjadi power. Admin pun setuju, syazwan memang power berlakon.

Fakta Menarik tentang syazwan

1. Nama panggilannya ‘Kepeng’.

2. Dikenali ramai menerusi watak antagonis, walaupun realitinya telah melakonkan pelbagai jenis watak.

3. Mengakui tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

4. Kehadirannya mula mendapat perhatian selepas membintangi siri televisyen, Juvana di TV3, membawakan watak sebagai Apek.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

6. Penglibatannya dalam filem menerusi Juvana, Laga, Suamiku, Encik Perfect 10, Gamatisme dan Sunti @ Facebook.

7. Menerusi drama, antaranya Juvana, Soffiya, Jangan Ambil Padang Kami, Gemilang, Istikharah Cinta, Padamu Aku Bersujud, Lelaki Macam Dia, 7 Hari Mencintaiku, Cinta Roller Coaster, Nahu Rindu, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Pujaan Hati Kanda.

8. Tidak ketinggalan, telefilem Di Bawah Satu Langit, Karlos Bolos, Den dam Rindu, Kalung Kak Dara , Bila Tiba Saatnya, Simpang Sejenak, Kebaya Mek Hwa dan Akil & Juan.

9. Menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik menerusi Juvana di Festival Filem Malaysia ke-26 pada tahun 2014 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Laga) di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.

Kami doakan agar Syazwan terus maju jaya dalam bidang lakonan.

“Haha Aku Syak Pali Ambik Gambar Kunci Kat Tangan Dia Kut”- Komen Netizen

Gara gara watak Pali yang dilakonkan dalam drama Pujaan hati Kanda pelakon Syazwan Zulkifly menerima ke¢aman penonton yang kurang senang dengan sikap p4nas bar4nnya itu.Menerusi siaran langsung di laman Instagram, aktor berusia 31 tahun itu berkongsi pandangan berhubung karakter lakonannya itu.

“Karakter tu saya dapat selepas pening kepala fikir nak bawa kelainan lakonan. Kelakar kan? Pali memang sewel, saya kena bawa watak sewel tu supaya tak nampak serius sangat. Saya tak nak orang stres sebab tu kita bagi kelakar dan gila-gila sikit.“Bukan saya yang sewel… saya normal, janganlah pengaruh TV sangat, drama itu untuk menghiburkan bukan buat kita stres, jadi barulah ada warna dalam watak tu.

“Kalau cerita tu semua baik saja, apa yang korang nak berhiburnya, mestilah kena ada karakter jahat, kalau berlakon kayu korang kutuk, kalau j4hat nanti korang m4ki pula,” katanya.Disebabkan watak tersebut, wujudnya tanda pagar (hashtag) Kecam Pali aw sehingga ia menjadi tular di laman Twitter.

Selain Syazwan, drama ini turut dibintangi oleh Mira Filzah membawakan watak Tiara dan Remy Ishak (Danny).

Pujaan Hati Kanda bersiaran menerusi slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 petang di TV3.

N3tizen Perasan ‘Pali’ Tak Sedar Rakam Foto Kunci Pakai Telefon Bimbit, Syazwan Minta Jangan Buat Malu Diri Sendiri

Pelakon Syazwan Zulkifly tampil memperbetulkan tanggapan sesetengah penonton drama bersiri lakonannya yang kini sedang bersiaran, Pujaan Hati Kanda berhubung salah satu babak menerusi drama tersebut.Kisahnya, ada net1zen yang membuat andaian berlaku kesilapan tanpa sedar apabila Syazwan yang mendukung watak sebagai Pali yang mahu merakam gambar menerusi telefon bimbit, tetapi dia tidak sedar ada kunci yang ibaratnya menghalang foto dari merakam.

Lalu, aktor itu ada berkongsikan penjelasannya berhubung perkara tersebut di Instagram.

“Kepada yang sangat peka kata saya tangkap gambar kunci tu, hang pakai handphone nokia 3310 ka? “Itu exact handphone and camera yang saya gunakan masa scene tu. Jangan buat malu la cari salah orang lepas tu diri sendiri yang salah.“Seronok tak hang dah malu sekarang ni. Jangan suka cari kesalahan ya.Peace yawwwww #pujaanhatikanda,” tulisnya. Lalu, perkongsian darinya turut mendapat reaksi pelbagai net1zen. Malah, tidak kurang yang turut memuji lakonannya di dalam drama tersebut.

Drama Pujaan Hati Kanda yang turut dilakonkan Remy Ishak dan Mira Fizal ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam menerusi slot Akasia. Sumber MH

Serba sedikit ini mengenai Syazwan Zulkifly, Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda. Nama penuh beliau Mohd Syazwan bin Zulkifly dan Nama popular pula Syazwan Zulkifli. Tarikh lahir iaitu 20 Mei 1987, Umur 31 tahun dan lahir di Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: mstar and cokelatputih.com


Apa Kata Anda?