Ya Allah, Kalau Andainya Mahu Diberikan Rezeki Zuriat Untuk Hamil Lagi. Luahan Hati Misha Omar Buat Ramai Sebak

“ Saya mengharapkan yang terbaik,” itu kata penyanyi Sampai Bila, Misha Omar apabila berkongsi mengenai perkembangan diri dan keluarganya ketika ini. Tambah bintang kelahiran Kelantan itu lagu, anak sulungnya Idris kian membesar dan semakin aktif.

“ Saya mengharapkan yang terbaik,” itu kata penyanyi Sampai Bila, Misha Omar apabila berkongsi mengenai perkembangan diri dan keluarganya ketika ini. Tambah bintang kelahiran Kelantan itu lagu, anak sulungnya Idris kian membesar dan semakin aktif.

“ Masih pun sudah makin membesar dengan baik dan sihat. Alhamdulillah. Kalau ada rezeki (anak), kami terima seadanya rezeki yang Dia nak bagi, insyaAllah.

“ Cuma saya selalu berdoa, Ya Allah Ya Tuhanku, kalau andainya mahu diberikan rezeki zuriat untuk hamil lagi, Kau turunkanlah rezeki itu pada waktu yang tepat supaya saya dapat nikmati proses kehamilan itu sebaiknya.

“Malah pada masa sama, saya juga dapat merasai keseronokan bekerja sambil hamil. Doa itulah yang saya sering titipkan,” katanya.

Terdahulu, Misha dan suami Firros Ezzwan Rosly diijab kabulkan 2 Mei 2014 di Kota Bharu, Kelantan dan pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 12, dan Humaira Lateefa, 6 tahun.

Dalam perkembangan lain, Misha yang bakal terlibat menerusi konsert Soul Sisters bersama Noryn Aziz dan Sarah April depan turut giat membuat persediaan selain menantikan debaran untuk bersaing di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) untuk lagu Sampai Bila, Februari depan.

“Saya ada juga dengar ura-ura saya kami ada merakamkan lagu baru bersama. Bagaimanapun, ia masih di peringkat perbincangan. Pada masa sama, saya juga ada rancang untuk lancarkan single sendiri juga.

“InsyaAllah akan ada lebih produk tahun hadapan, kalau tak beranaklah,” selorohnya.

Menarik Tentang Misha Omar

Misha merupakan penyanyi wanita ketiga yang meraih anugerah terbanyak hanya menerusi bidang muzik selepas Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor diikuti oleh penyanyi veteran Ziana Zain di tangga keempat. Misha juga merupakan artis Malaysia pertama yang memenangi anugerah utama di Festival Muzik Asia Shanghai pada tahun debut pembabitan.

Untuk rekod sehingga 2010, Misha telah memenangi enam piala Anugerah Juara Lagu, lima piala Anugerah Industri Muzik, tiga piala Anugerah Era & sebuah piala untuk Festival Filem Malaysia. Misha juga telah merangkul kejuaraan dalam rancangan Juara Parodi bersama dengan Tauke Jambu (dan Yus Jambu).

Misha merupakan salah seorang artis yang bijak menyembunyikan kisah peribadi di saat kerjaya di sedang kemuncak. Biarpun sering menjadi buruan tabloid yang dahagakan gossip-gossip liar, Misha tetap dilabel sebagai salah seorang artis yang bersih dan berdisiplin. Penampilan Misha pada penghujung tahun 2006 yang menggayakan potongan rambut ala bob dan pendakap gigi atau braces pernah mengejutkan peminatnya. Ia adalah salah satu usaha beliau untuk menyerlahkan lagi keyakinan beliau sebelum tampil dengan album ketiga. Ini bukan kali pertama beliau memotong pendek rambutnya kerana pernah menggayakan gaya rambut pendek pada tahun 2003.

Mengenai pendakap gigi pula, memang pada mulanya Misha tidak mahu memakainya kerana takut ada kesan pada nyanyian. Tetapi, setelah mendapat nasihat daripada doktor untuk kali kedua, beliau mengambil keputusan untuk memakainya. Setelah tiga minggu memakainya, ternyata ia tiada membawa apa-apa kesan pada nyanyian beliau biarpun agak kurang selesa di awal pemakaian pendakap gigi tersebut.

Misha menyanyi dengan pendakap gigi untuk 3 edisi Anugerah Juara Lagu dan persembahan memukaunya di Anugerah Industri Muzik 2009 telah diberi jolokan oleh aktor Afdlin Shauki sebagai Penyanyi Gigi Besi. Misha membuang pendakap giginya pada bulan Julai 2010 ketika menjayakan watak Dara dalam teater Uda & Dara di Istana Budaya sebelum memakai retainer selepas tamat persembahan teater muzikal itu.

Penampilan Misha dengan rasmi tanpa pendakap gigi adalah pada tahun 2011 menerusi album kompilasi Dia..Misha dan ternyata mendapat perhatian positif.

Pada tahun 2007 Misha mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Mohd Adam Emir (lahir 2007), pada awalnya beliau tidak mendapat hak penjagaan sepenuhnya. Hanya pada tahun 2009 beliau mendapat hak daripada tuntutan tersebut daripada keluarga asal kanak-kanak itu.

Pada tahun pertama itu juga Misha dikaitkan dengan isu pengambilan anak angkat oleh wanita yang belum berkahwin di mana kebanyakan ibu yang belum berkahwin ini mengambil suntikan untuk mengeluarkan susu ibu. Kes ini pernah mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Selain itu isu Misha menggunakan mikrofon khas bernilai RM11,000 beserta seorang jurutera bunyi juga menjadi polemik di media massa. Harfiyahnya, Misha sendiri telah memulakan trend kepada artis kelas A seperti Siti dan Anuar Zain untuk menggunakan teknologi berkualiti bagi memantapkan persembahan secara langsung mereka

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: Gnews


Apa Kata Anda?