Mahu Kacak Macam Fattah Amin, Azal Terima Respon Balas Daripada Fattah Amin Sendiri..Memang ‘Win’

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Zarina Zainuddin, pasti akan tahu juga tentang keluarganya, terutama sekali anak kembar istimewa Azal dan Azil. Meskipun mereka berdua menghidap autism, namun anak-anak sentiasa mematuhi asuhan ibu yang tabah membesarkan mereka sejak 22 tahun lalu.

Salah seorang daripada mereka, iaitu Azal sangat meminati pelakon kacak tempatan, Fattah Amin. Sewaktu melangsungkan perkahwinan bersama Fazura tahun lepas, Zarina pernah dipaksa oleh Azal untuk datang ke majlis mereka. Fattah Amin yang menyedari perkara tersebut menjemput dia datang dan turut bergambar bersamanya.

Terbaru, Zarina ada memuat naik satu video di laman Instagram beliau sewaktu menyakat Azal ketika berada di rumah kediaman mereka. Kejadian tersebut bermula apabila Azal ada menyatakan yang dia handsome seperti pelakon utama drama Isteri Untuk Disewa itu.

Walaupun Zarina berkali-kali mengusik yang dia tidak akan menjadi seperti aktor tersebut, Azal tetap yakin yang dia sama kacak dengan idolanya. Tidak beberapa lama kemudian, posting tersebut sampai ke pengetahuan Fattah Amin dan ini adalah responnya.

Azal lagi handsome la…

Ternyata perkara tersebut amat menyentuh hati para netizen kerana Fattah sangat merendah diri meskipun bergelar selebriti. Selain memuji tindakan Fattah itu, netizen juga memuji Azal dengan menyatakan dia memang seorang lelaki yang sudah pun kacak.

Terbaik Fattah Amin…Azal happy giler

Azal selalu puji Fattah Amin

Alahai baiknya Fattah

Azal dan FA dua2 hensem

Sekali imbas…memang macam FA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: IG zarinazainuddin_ via MediaOhsem


Apa Kata Anda?