[VIDEO] “MashaAllah.. Makhluk Allah Paling Comel…. Cerdik Pulak Tu…Hug’s And Kiss…” – Netizen Puji Adik Fattah Anas Si Meow

Baru-baru ini, Viral seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Fattah Anas apabila video yang dirakam secara suka-suka oleh bapanya mendapat perhatian netizen.

Kini Fattah Anas menjadi bualan ramai netizen kerana kecomelan serta kepetahannya berkata-kata. Kanak-kanak yang pada mulanya tular kerana videonya menyamar sebagai kucing dan berada dalam sangkar telah mencuit hati ramai pengguna di laman media sosial.

Malah kanak-kanak tersebut kini mula mempunyai peminatnya seperti mana anak-anak artis.

Mungkin tujuan bapa Anas sekadar suka-suka sahaja untuk merekod aktivitinya bersama anak namun tidak menjangkakan videonya itu  apabila dimuat naik ke facebook dan instagram mendapat perhatian dari peminat dan mula terhibur dengan keletahnya.

Sikap bapa Anas yang suka melayannya bercakap betul-betul membuatkan Anas nampak cerdik dari usianya. Walaupun baru dua tahun tapi keyakinan dan sikapnya yang berani sama seperti budak umur 4 atau 5 tahun.

Dalam setengah jam yang lepas bapanya tlah memuatnaik satu lagi video gelagat adik Fattah Anas sewaktu menjadi tetamu jemputan di slot siaran lansung Selamat Pagi Malaysia di TV1 . Kelihatan semangatnya berkobar-kobar sekali untuk sambutan kemerdekaan walaupun baru berusia 2 tahun.

Adik Fattah Anas begitu comel sekali, jom kita saksikan bersama. Rata-rata netizen memuji kecomelan adik Fattah Anas.

Kapsyen Ig :

Semangat sambut kemerdekaan tak habis lagi la beb ???????? @tv1_rtm @selamatpagimalaysia

VIDEO :

Sebahagian Komen Dari Netizen

Ensemnya Budak Tecik Arini…

Comel Anas????Semangatt????????????

Anas Mai Sini Bagi Uncle Gigit Jap Pipi Tu…

Baik, Comel, Sopan Je Cara Cakap.

Min doakan semoga Adik Fattah Anas membesar dengan sihat dan juga menjadi penyejuk mata mama papa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Ig FattahAnas via Soya Lemon


Apa Kata Anda?