“Alhamdulillah, Selamat..” Pesawat Malaysia Airlines Hampir bertembung Dengan Pesawat Virgin Atlantic VS251

PELAKON Beto Kusyairy, 38, bersyukur tiada kecederaan berlaku meskipun

pesawat Malaysia Airlines dinaikinya ke London hampir bertembung di udara dengan pesawat Virgin Atlantic VS251 di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, pada 23 Oktober lalu.

“Alhamdulillah, tiada kecelakaan. Saya berada dalam pesawat itu (MH4) ketika kejadian berlaku.

“Juruterbang dengan tenang sempat mengumumkan dia mendapat arahan saat akhir daripada menara kawalan untuk membuat pusingan sebelum mendarat,” katanya di media sosial

Beto yang berada di Wales bagi menjalani penggambaran supertelefilem Aku Bukan Gila turut mengucapkan tahniah kepada juruterbang kerana bijak mengawal keadaan supaya tidak menimbulkan situasi panik dalam kalangan penumpang.

Dalam pada itu, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini mengesahkan juruterbang MH4 mengikuti prosedur operasi standard (SOP) selepas pesawatnya hampir bertembung dengan pesawat Virgin Atlantic.

 

Kejadian itu berlaku ketika kedua-dua pesawat menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.

Pesawat MH4 dari Kuala Lumpur ke London Heathrow dalam persediaan untuk mendarat apabila menerima arahan daripada menara kawalan trafik udara untuk berpusing kerana landasan sedang digunakan pesawat lain.

Pesawat Virgin Atlantic VS251 dari Shanghai juga dalam persediaan untuk mendarat apabila pesawat MAS berada di laluannya.

Menurut laporan sama, pesawat Virgin mengesahkan menyedari sebuah pesawat menghampiri mereka pada jarak 4.8 kilometer.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Metro via IslamikInfo 


Apa Kata Anda?