[VIDEO] Dapat Ucapan Tahniah Dari Norman, Aksi Malu-malu Marissa Dania Tarik Perhatian Netizen

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

Walaupun dulunya pernah mempunyai konflik rumahtangga, Norman Hakim dan Abby Abadi tetap menjalinkan hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak. Malah, Abby Abadi sendiri sudah menganggap Memey Suhaiza seperti adik sendiri.

Hasil perkongsian, Abby Abadi dan Norman dikurniakan 3 orang anak iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha. Mempunyai rupa paras yang cantik seperti Abby, Marissa Dania mendapat perhatian netizen. Dahlah comel, sopan santun pula tu!

Marissa Dania mula viral di laman sosial selepas seorang individu berkongsi beberapa keping gambarnya di twitter. Tweet tersebut mendapat 1.8k retweet dan 2.2k likes. Yang paling tak sangka Marissa rupa-rupanya baru berumur 13 tahun pada Julai lepas.

Perwatakannya yang sopan dan lemah lembut itu membuatkan Marissa kelihatan lebih matang dari usia.

Sebelum ini Norman Hakim pernah berkongsi mengenai anaknya Marissa Dania.

Norman telah meluahkan rasa pelik apabila anak keduanya yang baru berusia 13 tahun itu tiba-tiba viral dan menjadi perhatian netizen.

Serentak dengan itu, Norman telah meninggalkan pesan kepada netizen yang telah menghantar mesej peribadi kepadanya di Instagram yang berniat untuk merisik anak daranya itu.

Tulis Norman:

normanhakim_786: Dengar cerita budak kecik @marissadania_ ni tgh viral. Viral untuk apa tu? Yang pasti habis DM papa penuh dgn ‘risik’an yg padu. Yang pilu pun ada jugak.

“Nak bagitahu anak dara saya ini umur Insha-Allah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti. Jauh perjalanan lagi. Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan.

“Kepada majoriti yg berniat untuk menjadi ‘Imam’ tu melalui DM yg saya baca, Alhamdulillah untuk nawaitu yang suci dan ikhlas tu. Saya anggap itu sebahagian daripada permulaan ukhwah dan silaturahim sesama kita.

Sepatah kata mama @abby_abadi112 ‘Utamakan yang utama’. Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yg juga bakal ‘imam’ yang pertama sekali of course kepada Allah S.W.T. Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibu bapa kita umpama esok tiada lagi hari untuk kita di dunia ini.

“Lepas tu barulah fikirkan untuk ‘mendirikan masjid’. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Nak mendirikan ‘masjid’ ni bukan sekadar bersandar pada teori. Saya yang dah nak masuk anak ke-enam ni pun masih lagi belajar seni untuk ber’masjid’.

“Wallahualam…Segala yang terbaik hanya dari-Nya. Seboleh mungkin bila comment kat anak dara saya ni kat IG dia, sama-sama selitkan doa untuk dia sebab doa yang baik-baik itu semua InshaAllah akan berbalik pada kita semula.

“Pakai bahasa we chat pun no hal janji sempoi dan maksud sampai. Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas. Itu yg sama2 kita jaga ok! Amin, InshaAllah.”

Terbaru, Norman Hakim ada memuatnaik satu video di laman Instagramnya. Dalam video tersebut, Norman Hakim memberi ucapan tahniah kepada Dania yang telah konvokesyen dan jihad anaknya di jalan Allah.

Terima kasih untuk perjuangan adik di jalan Allah

VIDEO :

While at the traffic light,fetching her up & heading back to KL

Thx again Allah s.w.t & terima kasih cayang cenonet papa @marissadania_ @marissadaniaaaaa_ utk perjuangan & jihad adik dijalan Allah.Semoga terus istiqomah ye cayang

Ramai netizen yang mengucapkan tahniah untuk Dania disamping memuji kecantikan wajah dan akhlak gadis itu. Beruntungnya Norman dan Abby memiliki anak secantik Dania.

KOMEN NETIZEN :

Cantik cm mama dia 

manja sungguh..sek mana ni bg…semoga dia mnjadi ank solehah dan dilindungi selalu

Cantiknya ank dara Norman… 

ih ada2 jk bapa mertua sama tunang ak ne. hahaha berangandulusikit

Ya allah cantikknya diaa

 

Menerusi laporan portal Vanilla Kismis, Marissa Dania 12 tahun lalu pernah menjadi perhatian media kerana dilahirkan dalam kereta dan dibidankan oleh Norman Hakim sendiri. Dalam kejadian 3 Julai 2005, Abby yang sarat mengandung tidak sempat tiba di hospital untuk bersalin. Norman terpaksa memberhentikan kereta tak jauh dari rumah untuk menyambut kelahiran Marissa Dania yang comel ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IG Norman Hakim & Marissa Dania via Media Ohsem


Apa Kata Anda?