[VIDEO] Mas Idayu Sebak Sehingga Mengalirkan Air Mata Bila Nyanyikan Lagu Pak Ngah

Awal minggu lalu, rancangan realiti yang menghimpukan penyanyi dari Asia termasuk Malaysia,D’Academy Asia (DAA) bagi musim keempat telah membuka tirainya. 6 penyanyi yang mewakili negara adalah Wani Kayrie, Ernie Zakri,Sarah Fazny, Fauziah Gambus,Tyka, Zam Ryzamdan Ariff Adli.

Mas Idayu Menangis Menyanyi Lagu Nirmala

Dalam konsert pertama itu, pengkritik tetap yang mewakili Malaysia Mas Idayu turut membuat persembahan bersama-sama enam peserta negara. Mendendangkan lagu Nirmala nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza ciptaan Allahyarham Pak Ngah dan Che Kem ini, walaubagaimanapun suasana ketika itu menjadi hiba buat seketika apabila ratu dangdut Malaysia itu dilihat gagal menahan perasaan sebaknya.

Malah Mas Idayu turut mengalirkan air mata sebelum persembahan itu diteruskan penyanyi lain.

Pak Ngah Antara Rakan Rapat Mas Idayu

Allahyarham Pak Ngah pada 26 September lalu telah meningg4l dunia di Batam, Indonesia dan pemergiannya itu begitu dirasai rata-rata penggiat industri muzik yang mengenalinya. Malah menurut Mas Idayu, Pak Ngah merupakan guru dan rakan yang rapat dengannya. Pada musim lalu, Pak Ngah menjadi salah seorang juri tetap dalam rancangan realiti Asia itu. Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain.

Antara netizen yang turut memberikan komen terhadap video tersebut.

Selamat Jalan Pak Ngah…

Selamat berjuang buat 6 negara…

Goodluck Malaysia…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber: KL Menjerit


Apa Kata Anda?