“Masyaallah, Comeyyyy Sangat Si Tecik Ni, Pandai, Zikir Ikut Mummy Ye..”-Hampir 950K Tontonan, Keletah Aqeef Anaqi Berzikir Buat Netizen Geram!

Pasangan sama cantik dan sama padan Amar Baharin dan Amyra Rosli sudah berkahwin hampir 3 tahun. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak lelaki sulung bernama, Aqeef Anaqi dan kecomelan si cilik ini sentiasa mendapat perhatian netizen.

Kalau sudah namanya artis, pasti ramai yang mahu mengetahui update artis kegemaran mereka setiap hari, apatah lagi jika artis kesayangan mereka itu sudah mempunyai anak. Gelagat anak artis memang sentiasa ditunggu-tunggu oleh netizen.

Terbaru, Amyra memuat naik video sedang mendodoikan Aqeef sambil memberikan botol susu. Namun kedengaran sambil beliau mendodoi ada alunan selawat dari mulut Amyra yang dikatakan wajib dilakukan sebelum tidur.

Lailahailallah, Muhammad Rasulullah..

Perkara wajib nk tidokan @aqeefanaqi . #AqeefAnaqi #AAA #MotherSon

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

Alahai comelnya Aqeef ikut sekali mummy dia selawat ye? Sejak kebelakangan ini, Aqeef dilihat seperti sudah mahu bercakap dan beri respon apabila ibu dan bapanya bercakap dengannya. Bayi kalau masa nak membesar ni rasa seronok nak layan kan?

Video yang dimuatnaik sejak 11 jam lepas ini mendapat tontonan sebanyak 940k tontonan dan 101 ribu likes. Netizen juga memberikan respon yang positif dan menyatakan perasaan mereka yang geram dengan kecomelan Aqeef yang cuba mahu ikut berzikir sekali.

Masyaallah comelllnya! Comel sangat Anaqi nihh

Eee geramnyaaa Anaqii

Alolo omey ngat dia yer. Gerammmm

Sumber: IG Amyra Rosli 

KisahDunia.COM


Apa Kata Anda?