
Kelmarin, putera sulung, Aliff Syukri, Ammar Ahyan telah dikhabarkan menjalani perbedahan pada matanya di sebuah Hospital KPJ Tawakkal Specialist bagi memulihkan masalah juling yang dialaminya sejak dari kecil lagi.
Berkongsi di Instagram usahawan kosmetik itu, beliau turut memberitahu yang kos perbedahan mata anaknya itu memakan kos sebanyak RM15,000.
Eh! Ammar…
Setelah menjalani prosedur di hospital. semalam isteri Aliff Syukri, Datin Shahida telah berkongsi video membawa anak-anaknya iaitu Qadejah dan Ibraheem untuk menonton wayang The Incredibles 2 di Pavilion. Turut kelihatan Ammar yang duduk di bahagian belakang kereta sambil memakai kaca mata hitam.
Mata Ammar tak boleh kena cahaya…
Menerusi Insta Live Datin Shahida, beliau telah memberitahu yang anaknya itu sudah selamat menjalani perbedahan mata. Beliau turut memberitahu yang Ammar perlu memakai cermin mata hitam selepas pembedahan kerana matanya masih lagi merah dan tidak boleh terkena cahaya.
Ammar kena pakai cermin mata…
Ammar sihat je…
Tambah Datin lagi, Ammar perlu memperbanyakkan menonton televisyen atau movie untuk mengembalikan otot matanya yang sudah lari sehingga mengakibatkan Ammar sering jatuh ketika berjalan kerana penglihatannya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber : Datin Shahida , Dato Aliff Syukri via OhMyMedia