Melancong Ke Luar Negara, Nazim Othman Merungut Bilik Hotel Panas Bak…

Mereka yang ke luar negara, pasti sukar untuk mencari tempat tinggal yang selesa kerana tidak arif dengan selok-belok ketika berada di sana. Lebih-lebih lagi apabila sesetengah orang sangat mementingkan persekitaran tempat tidur walaupun sedang bercuti.

Begitulah yang dititikberatkan oleh pelakon Nazim Othman tentang tempat tinggal ketika melancong di Paris, Perancis.

Menerusi Insta Story miliknya semalam, beliau telah memuat naik  video keadaan fasiliti hotel dan merungut setelah mendapati hotel yang disewanya tidak selesa.

Tak Boleh Duduk Sini

Tambah pelakon drama bersiri Monalisa itu, beliau tidak boleh bermalam di hotel tersebut kerana keadaan bilik yang sangat panas dan mungkin perlu mencari hotel yang lain.

Dah boleh tidur!

Selepas berjaya mendapatkan hotel yang lebih selesa, Nazim berkongsi keadaan persekitaran hotel yang agak mewah menerusi dengan menulis kapsyen pada video tersebut, “Done! Now I can sleep” !.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Nazim Othman via OhMyMedia


Apa Kata Anda?