[GAMBAR] Memang Semuanya Cantik-Cantik Belaka! Dah Macam ‘Dayang-Dayang’ Resepsi Perkahwinan Pula..

Mewah! Itu perkataan pertama yang terpacul di bibir bila tengok majlis akikah anak buah Anzalna Nasir yang merupakan anak ketiga kepada Diana Nasir iaitu Anggun Darniella. Pada majlis indah yang berlangsung minggu lalu di The Ame Soeur, Bukit Jalil… semua ahli keluarga kelihatan cukup teruja dan mengenakan pakaian sedondon bertemakan warna-warna lembut.

Tampil menawan dengan persalinan dari Wajie Ibrahim, Diana dan suami serta tiga anaknya lengkap memakai baju rona champagne senada. Sementara adik-beradik Diana seperti Anzalna, Mia, Afifah dan Nazirah pula cantik memakai dress dan kebaya merah jambu lembut. Memang semuanya cantik-cantik belaka! Dah macam ‘dayang-dayang’ untuk resepsi perkahwinan pula.

Begitu juga kedua-dua ibu ayah mereka yang tampil sedondon dengan persalinan tradisi baju Melayu dan kurung berwarna merah jambu pekat. Siap bersamping dan bersongkok lagi bapa kepada lima anak perempuan ini.

Tidak cukup dengan itu, seni bina dan dekorasi era Eropah yang sarat dengan rona keemasan di butik restoran ternama tersebut juga… nyata berjaya menyuntik elemen mewah dan klasik untuk majlis akikah Anggun Darniella. Tak perlu letak banyak perhiasan sebab ruang gah di The Ame Soeur sudah cukup menyerikan pelamin akikah Darniella.

Majlis jadi lebih bermakna apabila Diana dan suami turut menjemput anak-anak yatim. Kongsi kakak Anzalna ini, “Sharing the love with the orphans from Rumah Anak Yatim Al-Faeez. We want to groom the Angguns to always lend a hand to those who are in need. I believe that the rezeki yang Allah bagi should be shared with needy people. We hope that pemberian yang kecil ni, make a big difference to them.”

 

Diana Nasir dan suami dikurniakan cahaya mata ketiga mereka iaitu Anggun Darniella pada 10 November 2018 dan mempunyai sepasang anak perempuan kembar, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena yang kini berusia dua tahun.

 

Tak lama lagi, keluarga ini pun bakal menyambut kehadiran ‘orang baru’ memandangkan Anzalna sedang berbadan dua.

Kredit: Instagram Diana Nasir

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber :https://www.nona.my via SweetNutella


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*