[Video] “Ya Allah Sebaknya..”- Tindakan Memey Ambil Marissa Untuk Suprisekan Abby Dan Adik-Beradik Buat Netizen Tersentuh

Keluarga Norman Hakim mahupun Abby Abadi kini semakin bahagia bersama pasangan masing-masing malah tanggungjawab menjaga anak-anak mereka iaitu Mohamed Danish, Marissa Dania dan Maria Danisha dipikul bersama. Hubungan antara Memey dan Abby juga sangat akrab sehingga sentiasa menjadi perhatian netizen.

Terdahulu, Memey meluahkan rasa syukurnya terhadap Abby yang sangat baik dengannya dan terbaru pula tindakan Memey sekali lagi membuatkan netizen sebak dan mengalirkan air mata melihat keakraban keluarga mereka kini.

Meskipun, terdahulu pelbagai konflik dialami antara mereka berdua namun kini mereka digelar sebagai keluarga contoh dan bahagia. Memey menerusi Instagram telah berkongsi tentang kejutannya membawa anak kedua yang terkenal sebagai Marissa berjumpa Abby yang tinggal di asrama.

Memey turut memuat naik kapsyen bersama video yang menunjukkan beliau sangat menyayangi keluarga besar tersebut.

Cerita td..Settle keje patah balik PD…dlm perjalanan plan nak singgah sekolah dania ..
Dania tgh exam skrg jadi tak boleh balik. Dia pun terkejut tgk kita org dtg. Bincang2 Alhamdulillah ustazah izinkan bagi outing sekejap. So bawa kejap ke PD nak surprise kan mama,abah n adik beradik lain😍 Alhamdulillah barulah terasa lengkap bila semua ada❤️ Sekejap yg bermakna bila semua ada.
SEMPURNA❤️ “Kasih sayang itu perlukan kerjasama. Jadi kalau kita tidak usahakan melalui tindakan, ia tak bermakna.. semoga kita terus hidup berkasih sayang ❤️”

VIDEO :

Pelbagai reaksi diterima Memey menerusi Instagram miliknya itu sehingga rata-rata terus mengalir air mata melihat keluarga ini yang baik antara satu sama lain.

Allahuakbarrr.. Semoga sentiasa dlm lindungan Allah… Your family is my inspiration

Kenapa air mata terturun ni. May Allah bless this big family

v tau nkckp apa.. tapi suka sgt family awk. alhamdulillah kebahagiaan itu dr Allah.. jagalah ia dg sedadanye..

bergenang air mata tgk video ni… btul tu.. berkasih syg perlukan kerjasama

Hepynyer tgk fmly ni.. suka sngat2…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: Instagram memeysuhaiza via media ohsem via LubukMaklumat

 


Apa Kata Anda?