Mengharap Doa Dari Peminat, Lizza Abdullah Alami Sakit Mata Serius

Lizza Abdullah merupakan pelakon wanita popular Malaysia yang acap kali mewarnai stesen drama sekitar era 80an. Dia pernah membintangi filem Ali Setan bersama arwah Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud pada 1985.

Kini, dia masih dikenali sebagai watak Mak Leha dalam drama popular 7 Hari Mencintaiku arahan Jamal Khan. Baru-baru ini, Lizza Abdullah dikhabarkan kurang sihat dan mengalami masalah penglihatan yang agak serius. Dia masih berada di hospital atas saranan dari doktor bagi memantau perkembangan kesihatan matanya.

Penglihatan makin teruk

Lizza Abdullah dikhabarkan mengalami masalah penglihatan. Keadaan ini menjadi agak serius apabila penglihatannya makin kurang jelas dan segera berjumpa doktor pakar bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Kunjungan rakan

Menurut kapsyen di laman Instagram yang ditulis anaknya, memohon doa dari peminat dan rakan artis agar Lizza Abdullah sembuh dari penyakit mata yang kronik ini. Dia juga berterima kasih buat sahabat dan keluarga yang turut hadir menziarahi dirinya di hospital.

Doa dari peminat

Semoga kesihatan dan penglihatan Lizza Abdullah semakin pulih dan baik. Seluruh rakyat Malaysia masih merindui pelakon ini kembali semula menyinari kaca televisyen drama tempatan.

Credit: Instagram Lizza Abdullah

Sumber; Ohbulan


Apa Kata Anda?