“Menyanyi pandai dan Al Quran lagi pandai” Ameng membaca Al Quran mendapat pujian Netizen

” Assalamualaikum.. Sayu je saya dengar brother Ameng spring tu sedang mengaji al Quran nur qarim tu.. Memang sedap, sampai saya ni tak sedar saya menangis sebak.. Memang mantapp… Alhamdulillah.. # Aminnn…”

Begitulah pujian yang diberi oleh salah seorang peminat Ameng dan sesungguhnya Ameng dari seorang penyanyi yang terkenal dengan irama slow rock yang terkenal dengan lagu-lagu seperti bourgenvilla,romantis,sejujur mana kata-kata,sampai hati dan lainnya memang sudah sebati dijiwa peminat Ameng dan kumpulan Spring.Walaupun begitu Ameng bukan sahaja berbakat dalam nyanyian tetapi beliau juga mempunyai bakat dalam pengajian Al Quran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Begitulah dengan Hidayah Allah SWT telah membawa Ameng kearah jalan yang diredzai Allah SWT dan  dengan Ketentuan Illahi pada Ameng membuat Ameng berjaya dalam kehidupan sekarang walaupun kehidupan silamnya penuh dengan kedukaan namun Ameng bangkit dan mendekatkan diri dengan Al Quran dan menuju jalan Allah SWT.

Tahun 2016, Ameng Spring dibebaskan dari penj4ra selepas menjalani hukuman 5 tahun. Baru-baru ni dia bagitau wartawan ketika di penjra dia sangat beramal dengan Quran. Ketika di penjra itu lah “sesuatu” yang amat mengejutkan terjadi. Subhanallah.

TAHUN PERTAMA DALAM PENJR“Tahun pertama dalam pnjara, saya alami tekanan jlwa yang sangat teruk. Fikiran jadi tak menentu terkenangkan bebanan yang isteri terpaksa tanggung untuk menampung keluarga,” kata Ameng, bekas bintang rock selepas dibebaskan dari penjra atas kesalahan ddah.

Ameng, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, adalah bekas vokalis kumpulan Spring, yang popular sekitar tahun 1990an. Pada 2011, beliau dijatuhi hukuman penjra selama lapan tahun dengan 10 sebatan setelah didapati bersalah kerana penyalahgunaan d4dah.

Setelah mendapat pengampunan kerana berkelakuan baik, Ameng dibebaskan pada 14 Jun 2016, kira-kira tiga tahun lebih awal daripada tempoh penuh hukuman.

Lima tahun dalam penjra memberikan banyak pengajaran tidak ternilai bagi Ameng dan membantunya untuk bangkit semula dengan ketakwaan yang mendalam kepada Maha Pencipta.

Transformasi bekas idola budaya pop itu kini menjadi inspirasi kepada ribuan bekas penaglh d4dah dan orang ramai yang berazam mengubah haluan hidup mereka menuju jalan kebenaran.

Pada program ‘Gema Wahyu’ di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur (MJSASKL) 31 Ogos lalu, ratusan peserta terdiri daripada golongan ibu bapa, remaja dan kanak-kanak termasuk penulis sendiri hadir untuk mendengar Ameng berkongsi perjalanan hijrahnya dengan penonton.

NASIHAT WARDEN

Sukar untuk mempercayai bahawa Ameng yang dahulunya pernah membuat persembahan untuk menghiburkan banduan di penjra-penjra di negara ini, akhirnya sendiri merengkok di penjra.

Namun, apabila masuk ke penjra sebagai banduan dan bukan sebagai penghibur, Ameng sudah kenal dengan beberapa pegawai dan warden penjra.

Ameng mengakui pada mulanya tidak mudah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam penjra.

“Pada ketika itu apa yang paling saya risau adalah nasib isteri dan anak-anak. Bagaimanakah mereka akan teruskan hidup tanpa ketua keluarga?

Mereka tak ada duit, dan saya tidak pasti di mana mereka akan tinggal. Dalam kekusutan itu, seorang pegawai penjra yang bersimpati tolong menenangkan saya. Pesan beliau ringkas sahaja tetapi memberi kesan mendalam sehingga saya berubah,” katanya.“Masalah keluarga kamu tidak seburuk yang disangkakan, tidak guna kamu risaukan mereka sedangkan kini kamu tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan di luar sana.

Pilihan ada di tangan kamu sama ada mahu terus melayan kekusutan fikiran atau fokus mengubah diri menjadi lebih baik,” tambah Ameng memetik kata-kata warden penjra itu.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk meneruskan hidup adalah dengan muhasabah diri dan menyedari kekurangan sendiri. Menginsafi keadaan itu, beliau sedar yang dirinya sebagai seorang Islam telah lalai menunaikan tanggungjawab terhadap agama terutamanya berkenaan fardhu ain dan membaca Al-Quran.

KAWAN SEL YANG ALIM

Walaupun kehidupan di penjra bukanlah sesuatu yang indah, Ameng mendapati sistem pengajian ilmu agama di dalam penjra disusun dengan amat baik dengan kehadiran ramai ustaz yang mengajar berdasarkan pengkhususuan ilmu masing-masing.

Selepas belajar membaca Al-Quran, Ameng belajar dengan lebih mendalam, mengkaji dan memahami ayat-ayat dalam kitab suci itu.

Beliau merancangkan pengajian Al-Quran dengan membahagikan masa menghafal ayat-ayat baru sebelum subuh dan mengulang kaji ayat-ayat yang dihafaz sewaktu mengerjakan solat-solat tahajjud, taubat dan sunat ketika bangun qiamullail (bangun di tengah malam untuk beribadat).

“Jika saya lemah semangat, saya akan membaca surah An-Naba kerana mendapati makna ayat-ayat dalam surah itu dapat menyuntik kembali semangat saya.Saya sentiasa bersemangat untuk membaca Quran. Sejak kecil saya tak pernah pandai membaca Al-Quran. Saya menggunakan setiap peluang yang ada untuk memperbaiki bacaan Al-Quran saya,” katanya.

Ameng juga bernasib baik kerana rakan selnya mahir membaca Al-Quran.

“Apabila saya terjumpa sesuatu yang baru dan tak tahu, saya akan tanya dia. Walaupun ketika dia tidur, saya akan bangunkan dan dia begitu baik hati menjawab soalan saya,” jelas Ameng sambil mengenang perjalanan hijrahnya.MUKJIZAT AL QURAN

 Amalan membaca al-Quran dan merenungkan masa lalu banyak membantu Ameng untuk bertaubat dan memulakan lembaran hidup baru.

Selain hukuman penjra yang dikurangkan, beliau mendapati rezekinya semakin murah. Tanpa disangka ketika menjalani hukuman, beliau diberi peluang merekodkan album ketika masih dalam penjra.

Setelah dibebaskan, satu demi satu perkara yang pernah hilang ibarat ‘dikembalikan semula’ kepadanya. Rumah yang diidamkan, kereta yang diingini dan sumber pendapatan, semuanya datang kembali.

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi Ameng, tempoh dalam penj4ra mempunyai hikmah yang tersembunyi dan sepanjang tempoh berada di balik jeriji besi penj4ra, beliau banyak bermuhasabah, merenung kembali perjalanan hidupnya sebelum ini serta bertaubat.

“Saya baru belajar mengaji Al-Quran pada umur 45 tahun. Belum pun sampai lima tahun, saya sudah mahir membaca dan menghafaz Al-Quran. Kalau nak dekat dengan Al-Quran, ada jalan dekat dan ada jalan jauh. Mungkin saya ikut jalan jauh,” katanya mengakhiri cerita.

VIDEO :

Kata kata Netizen untuk Ameng

“Sedapnya Suara”

“Sedap..terbaik abang”

Begitulah siapa sangka seorang penyanyi yang mendendangkan lagu lagu cinta akhirnya sekarang membaca Al Quran dengan kalimah kalimah Allah SWT dan moga berkekalan Ameng dan bahagia sekeluarga hingga ke Jannah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : IG Ameng via NewsViral


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*