Merecik! Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah Audi TT RM285,000 Sempena Hari Jadi

Pelawak dan penyanyi Achey menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Audi TT buat isterinya sempena ulangtahun kelahiran semalam.

Menurut semakan semasa, model kereta mewah itu dianggarkan bernilai RM285,000! Wow!

Perkongsian Achey di Instagramnya membuahkan rasa bangga dalam kalangan peminat yang selama ini melihat kesungguhan Achey mencari rezeki untuk keluarganya.

“Hard work paid off. Idola!” puji @fakriashaarii.

“Lu memang awesome husband and buddy bro,” puji @mohdfazli1981.

“Peh! Audi tu… Untung isteri Achey,” tambah @usailie.

“Wow Audi TT 2D. Rare ni,” tulis @amat_ninefourzero.

Bertemakan pakaian sukan dan santai, majlis sambutan hari jadi itu diraikan meriah dengan kehadiran kenalan rapat antaranya Johan, Ozlynn, Fad dan Sharif Zero.

Sekadar info, Achey, 32, atau anam sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya, 28.

Jom tengok gambar-gambar menarik sepanjang sambutan hari jadi isteri Achey.

Insta update: Ulang tahun kelahiran @anne_achey . . Lokasi: @fastlapautoworks Tema: sukan dan santai Perancang majlis : @acheykintangkintung Kek : @shafeeqajohari Khemah : @gabansaleh19 Cenderahti: @pinkypinkyventure Hos : @natasha_hamzah @acheykintangkintung Foto : @razipfotovedio Drone : ariq @jozlynnhanania Air : @airjagungamirreka_hq masakan : mak ju (mak mertua) @mohd.shafiey @nurullfazeera Tq yang hadir serta mendoakan.. ????????????????????????????????????????

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @acheykintangkintung

Sumber; Gempak


Apa Kata Anda?

5 Trackbacks / Pingbacks

  1. Tahniah! Hargai isteri…Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah Audi TT RM285,000 Sempena Hari Jadi..! – Bujibu Chempels Fans
  2. Tahniah! Hargai isteri…Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah Audi TT RM285,000 Sempena Hari Jadi..! – Cite Viral
  3. Tahniah! Hargai isteri…Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah Audi TT RM285,000 Sempena Hari Jadi..! – Figura Networks
  4. Merecik! Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah Audi TT RM285,000 Sempena Hari Jadi – Berita Vral – Citer Viral dan Unik
  5. Tahniah! Hargai isteri…Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah Audi TT RM285,000 Sempena Hari Jadi..! Allahu.. Tabahnya pasangan ini, 7 tahun menanti! ???????? – Halaman Ummi

Comments are closed.