[VIDEO] “It’s A boy!” – Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Sulung

PELAKON Mia Ahmad selamat melahirkan bayi lelaki pukul 11.15 pagi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Izham Tarmizi di laman Instagram.

“Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakan. It’s a boy,” tulisnya di laman tersebut.

Rata-rata pengikut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata itu.

Izham berkongsi berita gembira di laman Instagram miliknya pada pagi Jumaat.

“Tahniah… Alhamdulillah lahirnya seorang putera di hari yang cukup mulia ini. Semoga menjadi anak yang soleh penyejuk mata ibu dan ayah,” komen Fiezah Osman.

“Alhamdulillah, Syukran. Mia selamat melahirkan bayi lelaki di hari Jumaat yang barakah,” tulis Hasiah Mohammed.

“Semoga baby membesar menjadi anak kebanggaan mummy dan daddy serta membesar menjadi anak soleh,” kata Afiezah pula.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi, 30, dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

VIDEO: 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: Instagram izhamtarmizi24 / story_izhamia via Mstar via @SoyaLemon


Apa Kata Anda?