Mia Ahmad Akan Lakukan Apa Saja Untuk Selamatkan Rumah Tangga

(Skroll ke bawah untuk melihat gambar terbaru anak Mia dan Izham yang sangat comel)

PETALING JAYA: Pelakon Mia Ahmad akan menyelamatkan rumah tangganya penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan yang kini sedang diuji.

Mia atau Shamiha Ahmad Baderi, 30, berkata, dia akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menjernihkan kembali keadaan.

“Hanya Allah, saya, suami dan dia (wanita didakwa curang dengan suaminya) yang tahu kebenarannya.

“Saya akan lakukan apa sahaja diperlukan untuk menyelamatkan rumah tangga saya,” katanya menerusi InstaStory.

Luahan Mia di InstaStory.

Dalam pada itu, Mia berkata, dia tidak kisah dengan apa juga pandangan atau cakap-cakap orang lain terhadapnya.

Ini kerana kata pelakon Hati Perempuan itu, dia yang membenarkan orang lain bercakap tentang dirinya selain sedar akan akibatnya.

“Anda boleh cakapa apa sahaja yang dan mahu kerana saya tahu saya yang membiarkan anda bercakap.

“Dan saya juga tahu apa yang saya lakukan dan akibatnya.

“Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Mereka tidak rasa apa yang saya rasa,” tulisnya.

Rumah tangga Mia Ahmad diuji

Rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan Mohd Izham Tarmizi Roslan diuji ketika si isteri sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka pada 28 September lalu.

Namun penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu tegas menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang selepas sepasang kekasih membuat tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai berniat jahat.

Izham berkata, sehingga saat ini dia tidak mengetahui apakah motif pasangan itu menuduhnya curang sedangkan dia tidak pernah mengenali wanita yang juga kekasih lelaki tersebut.

“Ingin saya tegaskan saya tidak mengenali wanita dimaksudkan mahupun teman lelakinya malah saya tidak tahu apa motif mereka menuduh saya curang dibelakang Mia.

Izham dan Mia baharu sahaja menimang cahaya mata.

“Apa yang saya nampak motif mereka mahu memporak-perandakan rumah tangga kami dan saya jadi sasaran mungkin kerana orang kenal kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Mia menerusi Instagram memuat naik entri yang memberi gambaran seolah-olah perkahwinannya dengan Izham sedang dilanda masalah.

Pelakon drama bersiri Hati Perempuan itu turut bertindak memadam semua gambar suaminya daripada laman sosial itu.

“Allah menghantar seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan lebih baik,” tulisnya.

Enggan cepat melatah, Izham berkata, dia akan menyiasat terlebih dahulu masalah yang timbul sebelum mengambil sebarang tindakan seperti membuat laporan polis.

Comel… Sayf Issa penyeri hidup Mia dan Izham.

Fokusnya kini kata Izham adalah untuk memberi perhatian kepada Mia yang sedang berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka selain menyelesaikan perkara tersebut sesama mereka terlebih dahulu.

“Alhamdulillah Mia dalam keadaan tenang sekarang… Dia ada bersama saya dan anak.

“Saya sudah menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan fokus saya sekarang adalah untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.

“Sekarang nampak seperti saya yang bersalah walaupun sebaliknya yang berlaku… Saya tidak akan mengalah bagi memulihkan keadaan,” katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

Pasangan ini baharu sahaja dikurniakan cahaya mata lelaki.

Mia sebelum ini pernah memberi gambaran seolah-olah perkahwinannya dengan Izham sedang dilanda masalah dan turut bertindak memadam semua gambar suaminya di Instagram.

Izham ketika dihubungi mStar Online menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang selepas sepasang kekasih membuat tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai berniat jahat.

Katanya, sehingga saat ini dia tidak mengetahui apakah motif pasangan itu menuduhnya curang sedangkan dia tidak pernah mengenali wanita yang juga kekasih lelaki tersebut.

Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Mstar


Apa Kata Anda?