[VIDEO] Memang Keturunan Darah Seni Ni.. Mika Cover Lagu Dimatamu dan Potret Curi Perhatian Netizen

Luth Mikhail,17 atau nama manjanya ialah Mika merupakan anak bongsu kepada pelakon dan pengacara Sheila Rusly dan pengarah terkenal iaitu Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo. 

Mika sangat aktif di laman sosial dan sering membuat review terhadap sesuatu produk. Dengan jumlah follower mencecah 150k tidak hairanlah dia turut popular seperti kedua ibu bapanya.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Seperti kedua orang tuanya, Luth Mikhail turut mewarisi darah seni daripada keluarganya. Dia bukan sahaja pandai bermain gitar malah turut mempamerkan bakat dalam nyanyian. Dia sering memuat naik video cover di laman instagram dan rata-ratanya mendapat sambutan netizen.

 

Terbaru, Mika telah memuat naik video lagu cover Sufian Suhaimi, Di Matamu dan lagu Potret oleh Akim and The Majistret di laman instagramnya dan mendapat tontonan sebanyak 16.3 k dalam masa 2 jam selepas video tersebut dimuat naik. 

VIDEO: 

KOMEN NETIZEN:

Wow.. anak sis memang berbakat.. memang darah seni satu keluarga…tahniah

Perhggggg kasi buat single laaa satu…

Trbaik la mikha..dh lm akk tgu2 cover dr mikha

Pehh best ahh mika

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram luthmikhail via LubukMaklumat


Apa Kata Anda?