Mira Filzah ‘Post’ Video Dilamar, Zizan Razak Pula Terus Letak Foto Pakai Baju Pengantin. Bagi Hint Ke..

Pasangan Mira Fizah dan Zizan Razak yang digosipkan sedang bercinta telah menarik perhatian ramai apabila kedua-dua pasangan ini mungkin secara kebetulan atau dirancang telah memuat naik posting yang seakan memberi hint akan berkahwin.

Pelakon, Mira Filza muat naik adegan dia dilamar dalam sedutan drama Lelaki Kiriman Tuhan di Instagramnya,

VIDEO :

Posted by Mia Kacang on Tuesday, November 20, 2018

“That look. That smile. That stare. That heartbeat. You’ll understand. Tonight, 9 P.M only at Astro Oasis and Maya HD .#LelakiKirimanTuhan” tulisnya.

Perkahwinanku!

Selang beberapa minit selepas Mira Filzah memuat naik posting tersebut semalam, aktor Zizan Razak yang digosipkan menjalin cinta dengan Mira Filzah turut memuat naik gambarnya berpakaian pengantin bersama pengantin perempuan. Muat naik tersebut adalah untuk drama lakonan terbarunya yang berjudul Bulan dan Pria Terhebat.

Bagaimanapun, pelakon yang sering digosipkan bersama Mira, Zizan Razak kemudian memuat naik foto dia memakai pakaian lengkap pengantin di Instagramnya pula.

“Perkahwinanku #Zizanrazak #Movie,” tulisnya.

Susulan itu, ramai yang ‘tag’ Mira di ruangan komen foto tersebut.

Tidak kurang juga mereka yang tertanya-tanya sama ada foto dan video kahwin itu ada kaitan.

Sebelum ini, Zizan ada juga berbuat perkara sama ketika Mira muat naik foto berada di sebuah ‘bus stop’, tidak lama kemudian, pelakon Polis Evo 2 itu juga muat naik gambar di perhentian bas.

Agak-agak, apa maknanya ya?

Sejak digandingkan dalam telefilem Jula Juli Bintang Cinta, nampaknya ada desas-desus yang mengatakan hubungan cinta antara aktres Mira Filzah dan pelawak Zizan Razak bertaut kembali.

Meskipun Mira tidak pernah mengakui akan hubungan tersebut, peminat terus meletakkan harapan agar beliau menerima Zizan sebagai teman hidupnya.

Mira Filzah akui mudah dekati Zizan Razak

Pelakon Mira Filzah tidak menolak pelawak Zizan Razak yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya sebagai pemuda paling rapat dengannya buat masa ini.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, berkata, dia menyenangi sikap Zizan yang disifatkan sebagai mudah didekati selain dia senang berkawan dengannya.

Menurut pelakon drama Rahsia Hati Perempuan ini, dia enggan berkongsi terlalu banyak mengenai kisah peribadinya kerana ingin menjaga hati keluarga.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IG MiraFilzah/IG Zizan/ MediaOhsem /Mstar


Apa Kata Anda?