Kalau Sebelum Ini Berahsia, Kini Mona Allen & Pekin Ibrahim Mula Kongsi Gambar Bersama

Kalau sebelum ini, Mona Allen dan Pekin Ibrahim begitu berahsia tentang pernikahan mereka

sehingga tiada gambar berdua dikongsi, kini mereka lebih terbuka.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My other half 💕 #goodnitelove @pekin7words

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Terbaru, mereka mula berkongsi beberapa keping gambar di Instagram masing-masing.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A reason for leaving .. A deeper meaning .. 🤟 p/s : Terima kasih buat semua ucapan dan kata kata manis dalam doa kalian ❤️

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on

Walaupun pernikahan mereka sudah lebih sebulan berlalu, kami di Gempak tetap ingin mengucapkan

selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke Jannah.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Amyza Aznan, menjelaskan dia berani memuat naik ucapan tahniah

kepada pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen, setelah melihat gambar dikongsi teman

seperjuangan, Wan Nor Azlin.

Amyza ketika dihubungi BH Online berkata, dia turut menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp

daripada Mona yang menjemputnya ke majlis akad nikah mereka pada 1 Disember lalu.

“Pada mulanya, saya juga takut untuk membuat sebarang pengumuman di laman sosial, namun

menukar fikiran apabila melihat perkongsian dibuat oleh Wan Nor Azlin. Dia berkongsi berita gembira

itu di akaun miliknya dan ia membuatkan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Malah, saya juga menerima mesej daripada Mona yang menjemput saya ke majlis yang hanya

dihadiri oleh teman rapat dan keluarga pada 1 Disember lalu. Majlis itu diadakan pada hari ini, sekitar

jam 10.30 pagi tadi.

“Kami memang rapat kerana sembilan bulan berlakon bersama ketika menjayakan drama rantaian,

Monalisa. Saya mendoakan kebahagiaan Mona dan Pekin,” katanya.

Sebelum itu, Amyza menerusi akaun Instagramnya mendoakan agar perkahwinan kedua-dua pelakon

terbabit berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi Pekin dan Mona sejak tengah hari tadi belum membuahkan

hasil apabila masing-masing tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej yang dihantar.

Mona bagaimanapun sempat berkongsi di Instagram sebuah entri yang seakan-akan mengiyakan

dirinya bakal melangkah ke alam perkahwinan, semalam.

Terdahulu, gambar perkahwinan pasangan selebriti itu tersebar di laman sosial, dipercayai dirakam oleh keluarga atau rakan terdekat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happiness is the joy you feel when you’re aware that you are becoming your best self ❤️ #spreadlovenothate💕 📸 @faa.photography

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Kredit Gambar: Instagram @mona.allen & @pekin7words Via BH

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady


Apa Kata Anda?