Muat Naik Nota Ringkas, Fendy Bakry Semakin Pulih?

Aduh tersentuh pula admin baca nota ringkas Fendy Bakry buat pengikutnya.

Kurang satu jam yang lalu Fendy telah muat naik mesej syukur dan berterima kasih buat semua pengikutnya yang tidak jemu mendoakan kesihatannya.

Seperti yang kita semua tahu beberapa minggu yang lalu, kesihatan Fendy agak merosot ketika berada di set pengambaran.

Disebabkan Fendy telah jatuh sakit, dia dibawa ke Hospital Melaka dan segera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Oleh sebab itu, Fendy telah dibawa pulang ke kampung halaman untuk berubat secara islam.

Kesihatan Fendy yang secara tiba-tiba ini buatkan ramai pengikutnya bersedih dan terkejut.

Rata-rata memberi sokongan dan kata-kata semangat buat pelakon Mr. Grey ini dan tidak sabar melihat dia kembali beraksi di dunia seni.

Namun perkongsian ucapan terima kasih ini menimbulkan tanda tanya adakah Fendy sudah beransur pulih?

Apapun sama-sama kita nantikan update darinya.

 

Sumber: MH


Apa Kata Anda?