[VIDEO] Tahniah! Nabil Ahmad & Isteri Bakal Timang Anak Ketiga, Harap Dapat Anak Lelaki Pula!

PELAWAK Nabil Ahmad mengakui teruja apabila isterinya, Nazirah Ayub atau Zira disahkan hamil anak ketiga yang kini kandungannya berusia lima minggu.

Menurut Nabil, 34, dia dan isteri sudah merancang untuk menambah zuriat selepas anak keduanya berusia tiga tahun.

“Alhamdulillah, semalam doktor sahkan isteri saya hamil lima minggu.

“Saya dengan isteri memang rancang untuk tambah anak ketiga selepas anak kedua cukup tiga tahun,” katanya kepada mStar Online.

Nabil berkongsi berita gembira di Instagram pada Isnin.

Nabil dan Zira berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.

Sementara itu, Nabil dan isteri turut mengharapkan agar mereka dikurniakan cahaya mata lelaki.

“Anak ketiga ini saya harapkan seorang lelaki pula. Ialah sudah dua orang anak perempuan.

“Ada juga kenalan dan ustaz pergi Makkah mendoakan saya. Insya-Allah, doa-doakan supaya kami dapat anak lelaki ya.

“Namun jika rezeki masih anak perempuan juga, kami terima dengan hati terbuka dan cuba lagilah nanti!,” katanya.

VIDEO PENUH :

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : mStar via SoyaLemon


Apa Kata Anda?