Naik Flight Masa Sarat Mengandung, Almy Nadia Tampil Beri Penjelasan

Siapa sahaja tidak senang melihat keluarga bahagia milik pasangan selebriti Fizz Fairuz dan Almy Nadia? Kebahagian milik keluarga ini jelas terselah dilihat melalui muatan naik di laman media sosial mereka.

Dikurniakan dengan dua orang puteri cilik dan kandungan ketiga Almy yang sedang sarat dikandungkan, keluarga kecil ini sering mencuri tumpuan netizen.

Baru-baru ini keluarga ini dilihat sedang bercuti di negara Eropah, Jerman. Melalui muatan terbaru di laman media Instagram milik Almy, mereka sekeluarga dikhabarkan hanya mengikut Fizz Fairuz ke penggambaran filemnya yang berlansung di negara Eropah itu.

Almy telah memuat naik foto mereka sekeluarga tersenyum riang di Jerman dengan kapsyen yang meluahkan rasa berterima kasih atas penghargaan yang diberikan oleh suaminya, Fizz. Namun apa yang membuatkan netizen trigger dengan pos tersebut bukan lah kapsyen Almy tetapi penampilan Almy yang sudah sarat mengandung.

Netizen turut mempersoalkan bagaimana Almy yang kelihatannya seperti sudah terlalu sarat boleh lepas menaiki kapal terbang. Selain itu mereka juga bimbang akan keselamatan Almy.

Boleh naik flight ke?

Rentetan daripada kecaman dan persoalan yang timbul daripada netizen, Almy telah tampil memberikan penjelasan berkenaan dengan status dirinya yang boleh menaiki kapal terbang.

Menurut Almy, semestinya dia telah mendapatkan nasihat dan kebenaran doktor sebelum terbang ke negara orang. Pihak kastam juga telah membenarkannya menaiki pesawat tersebut kerana adanya surat kebenaran daripada doktor.

Yang membawang ni mesti tak kawen lagi

Ekoran daripada penjelasan yang diberikan oleh Almy, komen netizen mula membanjiri ruangan Instagramnya.

Kalau takde surat memang menangis la wei!Sumber : IG Almy Nadia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!BS
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : memorikini


Apa Kata Anda?