[VIDEO] “Ayah Tak Sempat Nak Sambut Awak” – Najdi UNIC

Najdi dan isteri, Dr. Azreen Rahim menyambut kelahiran anak kedua mereka pada Isnin. Foto Instagram @najdiunic & @unicofficials

DEMI kasih terhadap isteri yang sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat kedua mereka, penyanyi kumpulan UNIC, Najdi sanggup menempuh perjalanan tiga jam dari Narathiwat, Thailand ke Kota Bahru, Kelantan sebelum mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur untuk bersama-sama wanita itu.

Bagaimanapun Najdi memaklumkan dia tidak sempat tiba di hospital untuk bersama isterinya, Dr. Azreen Rahim kerana hanya tiba di Kuala Lumpur lewat tengah malam Isnin.

Najdi atau Wan Najdi Wan Mohd Noh, 27, memaklumkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram ketika azan Maghrib sedang berkumandang.

“Ayah tak sempat nak sambut awak semalam, awak keluar betul-betul waktu azan Maghrib. Ayah sampai pun tengah malam tadi.

Najdi dan Dr. Azreen berkahwin pada 2016.

“Alhamdulillah sihat, terima kasih semua yang mendoakan. Anak kedua saya baby boy, (berat) 3.2 kilogram,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi Instagram rasmi UNIC, mereka baharu sahaja tiba di sebuah hotel di Narathiwat sebelum mendapat panggilan daripada keluarga Najid memaklumkan isterinya sakit hendak bersalin dan sudah berada di wad bersalin.

Keadaan bertukar kelam kabut apabila mereka perlu buat keputusan segera memandangkan UNIC perlu mengadakan persembahan pada sebelah malam.

“Persembahan malam ini (Isnin), isteri pula hendak bertarung… di sini Allah uji nilai persahabatan, tolak ansur dan kasih sayang.

UNIC meneruskan persembahan di Narathiwat, Thailand tanpa Najdi.

“Keputusan dibuat, Najdi kena bergegas pulang, naik kereta tiga jam ke sempadan, ambil penerbangan di Kelantan.

“Fakhrul dan Bazli teruskan persembahan di Narathiwat,” kata kumpulan itu.

Bekas peserta program Imam Muda musim kedua itu berkahwin dengan Dr. Azreen pada 2016 dan mereka turut mempunyai seorang anak perempuan, Wan Maisarah Wan Najdi.

VIDEO: 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

 

Sumber: mStar


Apa Kata Anda?