“Nak Naik Apa Pun Sanggup, Masa Berlakon Suri Hati Mr. Pilot Tak Pegang Tangan Pun!” -Pegang Tangan Zul Ariffin Berlapik, Neelofa Ditegur?

Pada rancangan MeleTOP yang lalu, pengacara dan pelakon cantik Neelofa Mohd Noor ada mengumumkan bahawa dia dan pelakon kacak Zul Ariffin bakal bergandingan bersama dalam drama Ti Amo Sweetheart.

Pastinya ramai yang tak sabar menantikan gandingan mantap kedua pelakon itu sehinggakan sekeping gambar yang dimuat naik Neelofa dalam laman Instagramnya tiga jam yang lalu mendapat hampir 82K likes daripada pengikut Instagram.

Namun aksi Neelofa berpegangan tangan dengan Zul Ariffin dipandang serong oleh sesetengah individu sehingga mendakwa Neelofa sanggup berbuat demikian semata-mata untuk melonjakkan namanya.

When in Rome, with Malissa and Isaac ???? #TiAmoSweetheart ????

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Bahkan ada juga yang mengaitkan ketiadaan babak mesra berkenaan dengan filem-filem Neelofa yang terdahulu.

Biarpun dikecam, rata-rata mempertahankan Neelofa dengan menyatakan bahawa mereka berdua memakai sarung tangan.

Rata-rata peminat dilihat teruja dan tidak sabar untuk menonton drama berkenaan.

Difahamkan Neelofa dan Zul kini berada di Rome, Italy bagi menjayakan drama arahan Michael Ang itu.

Sebagai Fans,Tiada Yang Lebih Menggembirakan Bila Kesayangan Ku Di Gandingkan Bersama ????????????…Dah Lama Sangat Nak Tengok Mereka Berdua Berlakon Bersama,Dan Akhirnya Menjadi Kenyataan Dan Aku Salah Seorang Peminat Yang Super Duper Excited Untuk Drama Yang Bakal Menggandingkan Zul Dan Lofa ????????????????????????❤️❤️❤️… #Repost @linajamil28 (@get_repost) ・・・ Super excited for this coming novel adaptation drama series #tiamosweetheart100hari Repost By tuannas.umar: Ditinggalkan selama dua tahun tanpa sebab oleh suaminya membuatkan Malissa nekad ke Florence, Itali demi sebuah jawapan. Takdir seperti ingin memberikan mereka peluang kedua apabila Dina, anak Iskandar masih mengenali Malissa dan tidak boleh berjauhan dengan mama yang telah menjaganya semenjak hari pertama dia dilahirkan. Apabila Dina jatuh sakit gara-gara Iskandar memisahkan mereka, Iskandar membuat satu tawaran yang Malissa terpaksa akur untuk terima semata-mata kerana Dina. Hubungan mereka kemudiannya tak ubah seperti majikan dan babysitter. Namun… saat kebenaran telah terbongkar, lskandar nekad untuk memburu cinta Malissa semula. “Fine. You can just hate me, Li.. But please. Stay with me for one hundred days. Selepas itu, baru Lisa buat keputusan untuk bersama abang dan Dina atau tidak.”- Iskandar . Sehabis daya Iskandar cuba mendapatkan kembali kepercayaan dan cinta Malissa. Ego dan dendam membuatkan tidak mudah bagi Malissa memberikan peluang kedua untuk Iskandar. Sebelum tamat tempoh seratus hari itu, mereka terperangkap sekali lagi dalam cinta yang mengasyikkan. Janji dimeterai semula dan Kota Venice menjadi saksi cinta mereka bersemi kembali namun, badai menimpa sebaik sahaja mereka pulang ke Malaysia. Mummy Iskandar, Datin Seri Ainon dengan agendanya. Hilman yang menagih kasih Malissa — Ti Amo, Sweetheart 100 hari!!! . #neelofa #zulariffin #tiamosweetherat100hari #taksabar #terbarudarineelofa #sweet #zulofa (via #appskottage.com #QuickReposter @AppKottage)

A post shared by ????????❤️Mizz BamBam Lau Gomez❤️???????? (@mizz_bambam87) on

Sumber Instagram Neelofa

 

krefit: Kisah Dunia / ceriteradunia.org


Apa Kata Anda?