“Nak Ucapkan Selamat Jalan Dekat Qayyum,” – Hati Seorang Ibu, DS Shahida Tak Pernah Putus Kongsi Fasal Yom

Tak lama dulu, kecoh di media sosial tentang isu ibu kandung Qayyum, anak angkat Datuk Aliff Syukri yang mahu mengambil anaknya kembali gara-gara menuduh usahawan kosmetik terbabit dan isteri tak reti menjaga budak tu dengan baik.

Terkilan dengan tuduhan tersebut dan tak tahan asyik terima desakan, Datuk Aliff dengarnya memang nak beri Qayyum kembali kepada ibunya. Aduhai, sedih memang sedih tapi apakan daya… 

Umum pasti sudah mengetahui hari ini merupakan hari paling sedih buat pasangan ushawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida kerana menyerahkan kembali anak angkat mereka, Qayyum kepada keluarga kandungnya.Malah, sebelum ini Shahida juga turut menitipkan sesuatu buat kanak-kanak berkenaan menerusi posting terdahulu menerusi Instagram.

“Waktu saya post ni mungkin yom dah ada di pangkuan mak dia… sorry sayang mama tak dapat hantar!” 

Terkini, Shahida ada mengabadikan sekeping foto bersama ahli keluarga dan pekerjanya yang selama ini merupakan penjaga kepada Qayyum sejak dilahirkan.

“Tq semua…. ni orang kuat yg dah tgk qayyum dari dalam perut,lahir sampai hari ni….semua datang nak ucapkan selamat jalan dekat Qayyum.“Tq semua😍😍 sebab selalu jaga dan tgk qayyum utk saya,” tulisnya.

Malah menerusi Insta Stories, Shahida turut berkongsi beberapa posting momennya bersama Qayyum.

Perkongsian dari Shahida itu turut menerima reaksi perlbagai netizen.

“Walaupun pahit… kuatkan family kami” 

Dalam pada itu, Datuk Aliff pada masa yang sama hanya screenshot saja ucapan di posting isterinya dan muat naik ke Instagram peribadi. Dia tidak memberikan banyak komen selain berdoa agar inilah jalan yang terbaik dalam selesaikan masalah.

Admin ada periksa juga di bahagian instastory Datuk Aliff. Dia sempat buat livedengan Qayyum sebelum menghantar anak angkatnya itu pulang ke ibunya.

“Seriously memang tersentuh bila tengok hari-hari terakhir datin bersama yom” 

Rata-rata netizen yang melihat posting Datin Shahida ini berkongsi kesedihan dan seakan memahami apa yang dirasai hati seorang ibu yang ingin melepaskan anak angkatnya pergi. Semoga Datin Shahida tabah ye! 

Admin doakan semoga Datuk Aliff dan Datin Shahida sekeluarga tabah hadapi dugaan ini. InsyaAllah Qayyum akan sentiasa ingat datin dan datuk yang menjaganya sejak dari kecil. Be strong! 

Foto: Instagram Datin Seri Shahida

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

sumber: MH via Lobak merah


Apa Kata Anda?