“Nanti Mak Iti Gi London Bawa Baby”-DS Siti Bangga Anak Tiri Bongsu Dapat Sambung Belajar Ke Universiti Berprestij,Rancang Bawa Bayi Tahun Depan Ke London

Nampaknya keluaga DS Siti di limpahi dengan banyak berita gembira. Tahun hadapan pada bulan Mac, DS Siti di khabarkan bakal melahirkan bayi pertamanya.

Oleh itu,ada banyak juga majlis doa selamat di lakukan buat DS Siti. Pada masa yang sama, DS Siti dan keluarga bersyukur anak tirinya yang bongsu bernama Azief di khabarkan bakal melanjutkan pengajiannya ke London.

Mungkin ramai yang tidak kenal akan anak tiri bongsu Ds Siti bernama Azief. Namun jika di tunjukkan gambar ini, pasti ramai yang kenal gambar wajahnya ini ketika masa mula-mula Ds Khalid bernikah dengan Ds Siti dahulu.

Siapa sangka, anak kecil yang dulunya berwajah tenang ini sudah pun besar dan berjaya menyambung pengajiannya ke Universiti Oxford.

Azief yang sudah masuk umur 20 tahun juga di katakan sudah punya teman istimewa.

Bukan sahaja Mak Iti yang gembira dengan pencapaian Azief malah ibu kandungnya juga iaitu Tengku Zawyah sangat berbangga dengan anak bongsunya. Mereka berharap Azief dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Mak Iti juga berharap dapat membawa bayinya untuk terbang ke London setelah bersalin tahun hadapan untuk berjumpa dengan Azief.Sweet betul Mak Iti dengan anak-anak kan?

“Fuyoo Azief fly Oxford..bukan senang nak masuk..tahniah semoga sukses…..”

“bila tgk muka azief mase kecik ingt pula time wartawan ambik gambar dia mase apaknya kawin ngan mak iti.kejap je besar…aku plak rase makin tua”

“ohh yang bongsu tu ke?? dah dewasa dah ko dik…….”

“tahniah….hebat!”

kredit : Kisah Dunia / ceriteradunia


Apa Kata Anda?