‘Bersendirian Tidak Bermakna Menderita’ – Natasha Hudson Berpisah Kali Ketiga

Dari seorang model kepada Muslimah berniqab itu lah yang boleh digambarkan kepada seorang pelakon cantik Natasha Hudson. Penghijrahan beliau banyak dibimbing oleh suami  pada ketika itu.

 Namun baru-baru ini beliau menyatakan sudah bergelar solo dan berpisah secara baik. Beliau minta diberikan ruang dan tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan mereka.

Susulan dari status yang dimuat naik Natasha di laman Instagram miliknya pada 25 September lalu yang mencetuskan spekulasi ramai berhubung perceraiannya itu.

..Being alone doesn’t mean that I will suffer for the rest of my life, I don’t believe in tears,sadness & sorrow all the time, but it’s about rebuilding what I’ve lost and finding myself again..

..Bersendirian tidak bermakna saya akan menderita sepanjang hayat, saya tidak percaya dengan air mata, kesedihan sepanjang masa, tetapi ia mengenai membina semula apa yang saya telah hilang dan mencari diri kembali..

Menurut Natasha, dia dan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal sudah bercerai secara baik pada tahun ini dan berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa.

“Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang ..”

Natasha dan penyanyi dan komposer muzik, Carleed berkahwin pada April 2012 dan ia adalah perkahwinan ketiganya.

Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.

Semoga Natasha tabah dan sabar dalam dugaan yang menimpa dan semoga beliau terus isitqamah di jalanNya..

Video Kisah Penghijrahan Natasha Hudson :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : JomBaca via SoyaLemon


Apa Kata Anda?