Neelofa Kongsi Ramalan AJL Malam Ini, Tahun Lepas Semua Ramalannya Tepat

Orang lain yang nak nyanyi malam ini, kami pula yang nervous!

Akhinya setelah berbulan menunggu, malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) kembali lagi untuk mengangkat prestij muzik tanah air.

Kalau dah namanya AJL, tak sah kalau tak ada kontroversi nakal. Dan untuk edisi ke-33 ni, ia telah bermula sejak pemilihan 12 buah lagu yang akan berentap lagi apabila tiada satu pun pencalonan yang terdiri daripada kumpulan ataupun band.

Rata-rata kesemuanya penyanyi solo, duet mahupun trio. Pemilihan lagu yang cuba untuk memberikan ruang agar genre lain boleh bersaing di kalangan genre balada juga menjadi salah satu topik hangat.

Anyway, kita dah pun ada senarai penuh lagu yang akan berentap, tak payah nak ungkit cerita lama. Kita fokus je kepada pencalonan malam ni dan siapa yang diramal akan membawa pulang trofi tersebut.

Bukan hanya netizen yang sibuk ingin lakukan ramalan dan berikan sokongan, rakan selebriti pun turut serta.

Antaranya termasuklah Shalma Aina, Bella Astillah dan Aprena Manrose yang memuat naik video cover bagi kesemua lagu yang bertanding.

Kalau korang masih ingat pada tahun lalu, Neelofa juga pernah melakukan ramalan untuk AJL32 dan kesemua ramalan Top 3 pada waktu itu TEPAT!

Neelofa melalui Twitter telah meramalkan Jampi (Hael Husaini), Sejato (Caliph Buskers) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rusli). Dan ternyata kesemunya menang pada malam itu.

Hhm, untuk AJL 33 kali ini, macam mana pula ramalan Neelofa..?

Antara lagu yang dipilihnya ialah Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah), Bunga (Ara Johari), Sampai Bila (Misha Omar), Bunga (Altimet – dibawakan oleh DeFam) dan Hajat (Hael Husaini).

Korang rasa, siapa akan menang malam ni??

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : SweetNutella


Apa Kata Anda?