“Kadang-Kadang Minum Air..” – Jawapan Remaja Ini Buat Neelofa Menitiskan Air Mata

Neelofa yang merupakan Pelakon, Pengacara, usahawan dan selebriti terkenal adalah antara kelompok selebriti yang sering melakukan kerja amal.

Menurut Neelofa, kerja amal merupakan salah satu cara beliau menyumbang kembali kepada masyarakat dan banyak memberi pengalaman yang membuka matanya kepada keadaan sekeliling.

“Sangat penting untung sentiasa bersyukur, merendah diri dan tidak mementingkan diri sendiri.

“Saya belajar tentang nilai wang itu bukan hanya terletak kepada bagaimana kita membelanjakannya, tetapi juga kepada siapa anda membelanjakannya,” tulis Neelofa.

(VIDEO PENUH DI BAWAH)

Dalam satu video yang dimuat naik Neelofa di Instagramnya, pertanyaan beliau pada seorang remaja apa yang dimakan dengan duit belanja sekolah sebanyak RM2 benar-benar mengejutkan dan menyentuh hatinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

“Kadang-kadang minum air,” jawap remaja tersebut membuatkan Neelofa terkejut dan terus mengalirkan air mata.

“Mendengar cerita mereka membuatkan hati saya hancur. Bila kita rasa kita tidak punya apa-apa, ada lagi orang yang meneruskan hidup lagi kurang daripada apa yang kita ada,” tulis Neelofa.

Pesanan Neelofa kepada semua supaya sentiasa merendah diri dan belajar untuk memberikan lebih perhatian kepada keadaan di sekeliling kita.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : Instagram Neelofa via Gempak


Apa Kata Anda?