[VIDEO] “Best Ada Nenek Macam ni” – Nenek Ini Jadikan Peti Sejuk Sebagai Rak Pinggan Cetus Tawa Netizen

Dalam ramai-ramai ahli keluarga, biasanya yang paling memanjakan kita adalah nenek dan atuk. Gelagat mereka juga selalunya sangat menghiburkan anak dan cucu walaupun dimamah usia dan mungkin sudah kurang daya ingatan.

Seperti dalam video yang tengah hangat di laman Twitter baru-baru ini, seorang nenek menjadi terlebih kreatif untuk memanfaatkan ruang di dapurnya. Pada awalnya dia dilihat sedang ditemani oleh dua orang cucu ketika berada di dapur. Tapi mereka pelik apabila nenek tersebut membawa pinggan yang telah siap dibasuh ke arah peti sejuk.

Mereka berdua sangat terkejut apabila mendapati kedua-dua bahagian peti sejuk tersebut bukannya dipenuhi dengan bahan makanan, tapi pinggan, cawan dan sebagainya. Tambah lawak lagi apabila nenek itu turut menjawab yang peti sejuk tersebut dikuasakan oleh bateri, bukan elektrik.

VIDEO :

Komen Netizen :

Best dapat nenek macam ni

Bateri pun boleh nek…

Seronok ada nenek sebab nakal & suka buat jenaka

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber: mediaohsem via @LubukMaklumat


Apa Kata Anda?