‘Ni Bodoh Melampau’ – Diana Danielle ‘Sembur’ Follower Bergurau Kasar Pasal Ibu

Buat mereka yang mengikuti Diana Danielle dan keluarga di Instagram sudah semestinya tahu betapa penyayangnya mereka sekeluarga. Ada sahaja keletah Muhammad atau Aurora atau Diana sendiri yang mencuit hati netizen sehingga mengundang ratusan ribu followers di laman sosial itu.

Selain itu, Diana juga sering berkongsi kata-kata berbentuk motivasi atau keibapaan sesuai dengan statusnya sebagai hot mama. Namun, semalam, satu komen netizen membuatkan Diana geram!

Luah kesyukuran masih ada mak, mentua

Diana berkongsi satu gambar menunjukkan seorang wanita berpangkat nenek mengacukan pistol dengan keterangan apa yang ‘terjadi’ apabila nenek mengetahui cucunya tidak makan dan ibubapa cucunya itu memasuki rumah. Gambar berkenaan sudah lama viral di media sosial seluruh dunia dan menjadi bahan gelak.

Menurut Diana, seorang nenek yang selalunya bersifat pelindung terhadap cucu-cucunya lebih berbanding anak sendiri. Dia juga mengucapkan syukur kerana ibu dan mentuanya banyak mengajar dia dan Farid menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Gurauan tidak bertempat

Seorang pengikut meninggalkan komen mengatakan dia ingatkan gambar itu menunjukkan apa yang dilakukan oleh ibunya kepada dia dan suaminya. Walaupun meletakkan emoji yang melambangkan kenyataan mungkin berbunyi gurauan, namun apabila membabitkan ibunya, Diana nyata tidak senang.

Diana melabelkan kenyataan individu itu sebagai kebodohan melampau. Maklumlah, soal ibu bukanlah boleh dipermainkan, kan? Niat mahu berseloroh namun cara yang kurang sopan pun tidak boleh juga kan?

Sumber: Diana Danielle

 

Kredit: OHBULAN / ceriteradunia.org


Apa Kata Anda?