TAHNIAH! Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz ‘Niena Baharun’ Sah Menjadi Isteri Aliff Firdaus

KOTA BHARU – Dengan hanya sekali lafaz, heroin drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Niena Baharun sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan tempatan, Aliff Firdaus Abdul Hadi.

Majlis ijab dan kabul pasangan tersebut berlangsung secara sederhana di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari Khamis, menurut laporan media tempatan.

Difahamkan majlis akad nikah itu dihadiri oleh sanak saudara dan kenalan terdekat sahaja. Berita perkahwinan Niena atau nama penuhnya Amaniena Baharun, 25, turut dikongsi rakannya yang juga pelakon, Datin Eina Azman.

Beliau berkongsi peristiwa bersejarah itu menerusi Insta Story dalam laman sosial Instagramnya. Desas-desus itu diperkuatkan lagi apabila Niena sendiri berkongsi video dirinya dalam persalinan pengantin di Instagram beliau.

Rata-rata peminat dan netizen pula meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada pelakon terbabit kerana akhirnya sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan pada perkongsian beliau tersebut.

Bagaimanapun, usaha pihak media cuba menghubungi Niena bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung berita pernikahannya itu belum berhasil setakat ini malah Eina turut menolak untuk memberikan sebarang kenyataan.

Ketika diminta untuk berkongsi mengenai kisah berita majlis perkahwinan berkenaan, Eina sebaliknya hanya menyerahkan kepada pelakon itu sendiri bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

A post shared by nienabaharun (@nienabaharun) on

“Rasanya, tidak sesuai untuk saya pula yang memberikan kenyataan mengenai beliau. Lebih baiklah ia keluar daripada mulut Niena sendiri. Harap semua faham kedudukan saya,” kata Eina lagi.

Menerusi Insta Story yang dikongsinya itu, Eina secara kebetulan ketika ini difahamkan berada di sekitar Kota Bharu bersama suami dan ahli keluarganya turut mengucapkan tahniah kepada Niena.

Difahamkan juga, Niena enggan menggembar-gemburkan mengenai majlis pernikahannya berikutan sebuah pengumuman mengenai perkara itu akan diadakan tidak lama lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BS

Sumber : MYNEWSHUB

Niena Baharun Dedah Kisah Cinta

Untuk Melihat VIIDEO, KLIIK Gambar Kotak Dibawah :

 


Apa Kata Anda?