Nina Iskandar Bakal Berkahwin Tahun Ini

Pelakon Nina Iskandar, 27, sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

“27 and ready to settle down. InshaAllah,” tulisnya.

Nina mendedahkan perkara tersebut menerusi WhatsApp Status miliknya.

Menerusi perkongsian di dalam medium yang sama, Nina turut berharap agar urusan dan perancangannya dipermudahkan.

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Berkatilah segala perancangan kami. Makbulkanlah segala doa kami,” tulisnya lagi.

Selain itu, Nina turut memuat naik perbualannya dengan seseorang yang dipercayai bakal suaminya.

Dalam perbualan itu, mereka memanggil dengan panggilan manja iaitu ‘Sayang’ dan ‘Abang’.

Nina juga turut memberitahu perbualan itu merupakan salah satu sebab mengapa dia cintakan lelaki tersebut.

“One of the million reasons why I love him,” katanya.

Bagaimanapun, Nina tidak mendedahkan siapa gerangan jejaka tersebut.

Sebelum ini, netizen telah membuat spekulasi Nina sedang bercinta dengan pelakon Azrel Ismail selepas melihat keintiman mereka.

Pasangan ini sedang berlakon bersama di dalam sebuah drama bersiri berjudul Setelah Cinta Itu Pergi.

Dikec4m Netlzen, Nina Iskandar Digelar B0d0h

Pelakon Nina Iskandar, 27, berkongsi sebuah video yang telah mengundang kec4man netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.

Semuanya gara-gara watak Sofea dalam drama bersiri Cinta Bukan Kristal.

Rata-rata peminat mengecam Sofea kerana menghilangkan diri lalu meninggalkan anak-anak bersama suaminya.

“@mawarcta: Jenis ni pun mmg tak layak jadi ibu. Ibu yang bertanggungjawab akan melindungi anak anak walaupun apapun cara. Inilah ibu yang b0doh zaman sekarang. Yang mangsa adalah anak-anak. Kalau aku pun akan cari isteri lain.”

“@fvirrrrry: Baliklaaaa sofea. Saklt hati tengok si Aryana tu buat dekat anak-anak gituu.. erghhh.”

“@oncuzaidan: Ni pun satu asyik nak lari rumah je.”

“@watybaha: Sofea oh sofea..Sampai bila awak nak menghilangkan diri?Sedarkah awak bahawa anak-anak awak sangat rindukan awak dan terseksa dek perilaku perempuan tu? Jangan nanti awak yang menyesal takde penghujung. Waktu tu awak lari ke mana pun takde siapa yang akan rindukan awak lagi.”

Nina membawa watak seorang isteri kepada Sharnaaz Ahmad.

Walaupun Nina mengetahui suaminya mempunyai teman wanita lakonan Ayda Jebat, namun dia hanya mendiamkan diri tanpa mengambil tindakan.

Baru-baru ini pelakon Ayda Jebat turut sama menerima kutvkan netizen akibat lakonannya dalam drama itu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber : gempak via Newsviral

 


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*