Nita Hamzah Pilih Lelaki Ini Yang 8 Tahun Lebih Muda Sebagai Suami

Bekas naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah, 38 bakal mengakhiri zaman bujang beliau dengan jejaka pilihan, Mohd. Fareez Shamsul Bahari, 30 pada 29 April depan yang akan diadakan di Selayang, Selangor dengan secara sederhana.

Pasangan berkenaan hanya mengundang ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja untuk majlis pernikahan.

“Untuk majlis pernikahan, saya sekadar menjemput tidak lebih 500 tetamu sahaja. Tempat pun terhad, jadi tak boleh ramai-ramai, nanti padat sangat macam sardin,”kata Nita kepada Utusan Online.

Menurut Nita, beliau meluahkan rasa syukur apabila akhirnya majlis yang dirancang dapat dilaksanakan dan berharap segalanya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Hangat.com senantiasa mendoakan yang baik-baik untuk Nita dan bakal suami.

“Memang gementar tetapi nak tak nak, inilah yang saya dan Fareez mahukan. Jadi, harap urusan dipermudahkan,” ujar penyanyi wanita tersebut.

Tambah Nita lagi, meskipun Fareez lapan tahun lebih muda daripada dirinya namun dia tidak melihat jarak usia antara mereka sebagai satu halangan untuk mengecap bahagia sebagai pasangan suami isteri.

“Paling penting adalah restu keluarga daripada kedua-dua belah pihak,” tambah Nita.

Nita dan Fareez bertunang pada 13 Ogos tahun lepas dan pasangan ini sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Februari lalu namun terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dielakkan. Hangat.com mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARUkepada Nita dan semoga berkekalan sehingga Jannah, aamiin!

Sumber : Utusan Online

Semalam, Ahad penyanyi Nita Malaysian Idolatau kini dikenali sebagai Nita Hamzah telah selamat bertunang dengan jejaka piihannya,Mohd Fareez Shamsul Bahari, 29 .

Pasangan ini telah selamat bertunang di rumah keluarga Nita dengan dihadiri ahli keluarga serta teman rapat. Turut kelihatan adalah penyanyi dan juga pelakon, Sasha Saidin yang turut menyatakan rasa gembira melalui beberapa keping gambar yang telah dimuat naik di akaun Instagram beliau.

Malah Nita turut membuat ‘live update’ majlis pertunangannya di Facebook (FB) dan melahirkan rasa syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar

“Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Saya pun dah disarungkan cincin. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Saya harapkan doa yang terbaik dari anda semua”

Sejurus selesai saja majlis pertunangan mereka, kedua – dua pasangan ini telah menukar status mereka di Facebook kepada‘got engaged ‘ 

Sebelum ini Nita dikhabarkan mahu melangsungkan perkahwinannya dengan segera. Baguslah kalau begitu.  Tahniah buat Nita dan Fareez!

Kredit: Hangat.com / ceritadunia.org


Apa Kata Anda?