Nora Danish : Mula-mula Saya Menangis. Tapi Suami Tanya, Kenapa Menangis?

LULUH hati seorang ibu apabila anak yang baharu dilahirkan menjadi mangsa pendekar papan kekunci yang tanpa rasa bersalah mengecam dan mengutuk bayi comel itu.

Mengakui air matanya jatuh dek tertekan dengan kecaman dan kata-kata nista netizen, Nora tidak percaya budaya jelik itu sedang merebak dengan cukup pantas dalam masyarakat kita.

“Sebelum ini, saya selalu kasihan dan terkilan apabila anak selebriti lain dikecam oleh segelintir netizen. Tapi apabila anak sendiri menjadi mangsa, saya terkejut dan sangat sedih.

“Mula-mula saya menangis. Tapi suami tanya, kenapa menangis? Itu perkara biasa sebab orang cemburu dan tidak suka lihat orang lain bahagia. Tapi hati saya sebagai seorang ibu pasti terluka.

“Ya, memang hendak jadi artis kena kuat tapi sampai satu tahap saya tidak tahan lagi. Biarpun yang cakap itu hanya dua peratus daripada peminat tetapi percayalah… sangat sakit,” katanya dengan nada cukup kecewa.

This picture #NeyNey really looks like his Aunty ShaSha @ferashanazri ???? #thatstare #confirmanaksoleh #pandaimacamauntyshasha ????

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Tegas mahukan semua pihak bekerjasama dalam membanteras gejala buli siber, pelakon filem Bukan Cinta Malaikat ini menyeru semua pihak khususnya ibu bapa mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar sekolah.

“Budak-budak sekarang tak perlu ada akaun Instagram pun. Mereka tidak tahu berfikir mana yang baik, mana yang buruk.

“Kita sebagai ibu bapa kena ajar anak-anak adab dan tatasusila. Itu tanggungjawab kita. Saya tidak akan buka akaun Instagram untuk anak-anak. Sampai masa nanti, mereka akan buat sendiri kalau mereka mahu,” katanya.

Our Last night in Bali for this trip. #neyneyfirsttrip???????? #NeyNeyBali

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Ditanya adakah dia akan terus memuat naik gambar anaknya di laman sosial, Nora mengangguk dan berkata:

“Tayang sahaja. Masih ramai orang yang sayang dan positif. Harapnya, dengan kempen Antibuli Siber yang diterajui Neelofa dan Datuk Hans Isaac, gejala tidak elok itu akan tamat,” katanya. 

VIDEO :

 

 

Sumber : UtusanOnline

Sumber: Sumber


Apa Kata Anda?