Norman, Memey pilih Mikayla Delisha Hakim

 

PELAKON Norman Hakim berkongsi nama dan wajah bayi perempuannya yang lahir pada Khamis.

Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 42, dan isterinya, Memey Suhaiza, 30, memiliih nama Mikayla Delisha Hakim untuk bayi berkenaan.

Menerusi kapsyen di foto tersebut, Norman juga memberitahu setiap nama yang dipilih itu mempunyai maksud tersendiri.

“Assalammulaikum. Hi, salam Jumaat semua. Papa dan mummy dah bagi kita nama tau. Nama kita kan, dengan izin Allah, nama kita Mikayla Delisha Hakim.

Norman kongsi nama dan wajah bayinya.

“Papa, mummy cakap maksud nama kita tu, Mikayla: Pemberian Allah, Delisha: Gembira dan membuat orang lain gembira dan Hakim: Arif Bijaksana.

“Ingat nama kita dalam doa-doa atuk, nenek, makcik, akak abang semua (pengikut di laman sosial),” tulis Norman pada Jumaat.

Selain itu, Norman juga telah membuka akaun laman sosial bayinya bernama @mikayladelishahakim.

“Ikuti akaun Instagram kita yang mummy dan papa buatkan kat @mikayladelishahakim, okey.

Puteri sulung pasangan ini dilahirkan pada Khamis.

“Terima kasih. Sayang semua,” katanya.

Memey selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram kira-kira pukul 12.52 petang Khamis.

Pasangan itu sudah mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan aktres Abby Abadi, Norman memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

VIDEO:

Iqamah time❤️ . . Honestly for the past few weeks saya yg rasa mcm 'kucing nak beranak',tapi the real person yg nak beranak relax je.Sama je feeling saya ni mcm suami2 yg wifey dia dah hujung2 nak bersalin.Handphone mmg kat tangan je dgn ringing volume paling loud.Setiap kali phone berbunyi atau message masuk,seriau panik dia lain macam.Dari sebulan yg lepas saya dah standby bags dlm keta incase 'masa dah time' . . Hari ni pun tak aspect wifey akan bersalin.Pagi tadi dia mcm selamba je gosok baju nak pergi beraya walau dia dah bgtau ada mild contraction.Siap ajak pergi beraya dulu baru ke klinik.Saya terus guna veto speed up momentum to 'gear 7' bersiap dan terus angkut wifey ke hospital . . Ramalanku benar belaka,sampai klinik check2 dah bukak 5 cm.Kalau pergi beraya dulu tadi,rasa2 baby terberanak dlm keta jugak mcm @marissadania_ ???? . . Alhamdulillah hari ni Allah ambil balik rasa 'resah' selama sebulan yg lepas,diganti dgn rasa 'syukur & lega'.Terima kasih Allah utk susunatur yang terindah ni…

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Sumber: Source


Apa Kata Anda?