[VIDEO]”Muahahaakkkk..Sampai Keluar Air Mata Aku Nengok…”-Lawak Habis! Pak Azad Nyanyi Lagu Seri Bulan Pakai Nada Suara Perempuan Bikin Netizen Terhibur!

Pelakon dan pelawak, Azad Jasmin atau lebih sinonim dengan panggilan sebagai Pak Azad sangat rajin memuatnaik video-video lawaknya di laman Instagram. Dia juga merupakan suami kepada selebriti terkenal, Eira Syazira dn ayah kepada 3 orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra, Ameisya, dan Areisya.

Karakter Pak Azad yang kelakar dan selalu masuk air sentiasa menjadi hiburan di hati netizen di laman media sosial. Malah, pasangan sengsasi ini sering kali dipuji netizen kerana gemar membuat netizen berasa terhibur.

Melalui perkongsian di laman Instagram, Pak Azad ada memuatnaik satu video dia menyanyi lagu Seri Bulan menggunakan nada dan tone suara perempuan. Lucunya, Pak Azad menyanyi sambil menggerakkan patung yang berada disebelahnya mengikut lagu yang dinyanyi.

Confident habis mimik muka Pak Azad menyanyi menggunakan suara perempuan di hadapan kamera. Malah, video tersebut telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen daripada Pak Azad,

“Band baru Pak Azad ‘SERI BULAN BAND bakal meletop di Malaysia Tak lama lagi.. let’s vote for Seri Bulan Band hahahahah..”.

Lawak Pak Azad nyanyi lagu Seri Bulan pakai tone suara perempuan…

VIDEO :

 

Terhibur dengan kegilaan Pak Azad

Steady lah Pak Azad..

Hantam saja lah Pak Azad…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : Ig Azadsyazirarose Via LubukMaklumat


Apa Kata Anda?