[VIDEO] Pak Nil Buat Voice Over Bagi Scene Husna & Nek Pah Bikin Netizen Ketawa!

 

Siapa yang tidak kenal dengan pengacara, pengarah, pelakon, penyanyi, penulis dan pernah menjadi penyampai radio, Datuk Aznil Bin Haji Nawawi atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Nil. Baru-baru ini Pak Nil telah melepaskan geram terhadap watak Husna lakonan Niena Baharun dan Nek Pah lakonan Azizah Mahzan di laman media sosial Instagramnya.

Cukup terkesan sungguh Pak Nil menonton drama Jangan Benci Cinta ku

Melalui perkongsian di laman Instagram, Pak Nil ada memuatnaik satu video rakaman voice overnya dalam episode ke 25, babak Husna dan Nek Pah dalam drama popular ‘Jangan Benci Cintaku’.

Pak Nil yang sangat obses dengan drama tersebut sering kali membuat netizen terhibur dengan responsenya yang spontan. Nampaknya watak Husna dengan Nek Pah cukup mencuit hati Pak Nil sehinggakan dia terbawa-bawa di media sosialnya.

Malah, dialog yang dibuat oleh Pak Nil juga sangat melucukan. Apa tidaknya, babak tersebut bertukar menjadi Nek Pah yang mengandung. Memang haru lah bunyinya. Apa-apa pun kreativiti Pak Nil dengan membuat skrip sendiri terhadap babak tersebut telah berjaya menghiburkan hati semua netizen.

Menurut Pak Nil menerusi Instagramnya juga,

“Ok ni betul-betul last! Jadi, siap sedialah! Episod akhir #JanganBenciCintakupasti lebih meletop!! ???????????? #alihsuara#masuksaka”.

VIDEO :

 

3x Ulang tengok…

Pak Nil ni memang paling win…

Nek Pah pulak pura pura hamil …

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! BeritaSteady
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

 

Sumber : IG aznilnawawihm via LubukMaklumat

 


Apa Kata Anda?