
Paling Sempoi Sampai Rasa Nak Masuk Sekolah Semula! Pakaian seragam sekolah merupakan lambang institusi pendidikan yang wujud sejak dahulu kala lagi.
Ia juga membuat para pelajar menjadi lebih berdisiplin, sikap bekerjasama dan paling penting, ibu-bapa tidak perlu berfikir panjang bagi menyediakan pakaian lain untuk anak mereka.
Berikut adalah gaya berbeza pakaian sekolah di serata dunia yang dilihat lebih menyerlah dan praktikal.
#1. JepunDi Jepun, pakaian seragam sekolah untuk perempuan digelar “seifuku”, Pakaian ini sangat terkenal di seluruh dunia kerana ia menyerupai kostum daripada buku komik ‘manga’. “Seifuku” terdiri daripada kemeja putih dan skirt pendek yang turut dipakai semasa musim sejuk.
#2. Great Britain
Kod pakaian seragam sekolah di England pula sangat teratur. Warna biru merupakan yang pertama bagi mereka kerana warna tersebut dipercayai dapat mendidik para pelajar menjadi lebih tenang dan teratur.
#3. AustraliaSistem pendidikan di Australia lebih terikut-ikut negara Great Britain dimana pakaian seragam sekolah mereka banyak diadaptasi daripada gaya British. Kebanyakkan sekolah juga mewajibkan para pelajar memakai topi oleh kerana keadaan cuaca yang sangat panas.
#4. CubaTerdapat beberapa jenis pakaian seragam sekolah di Cuba, kemeja putih bersama seluar kuning dan kemeja biru bersama seluar biru gelap. Mereka juga mempunyai baju putih bersama seluar merah termasuk tali leher.
#5. Indonesia
Di Indonesia, pakaian seragam sekolah mereka berbeza bergantung kepada tahap pendidikan. Kemeja mereka berwarna putih, tetapi seluar mempunyai warna yang berbeza seperti warna merah, biru gelap atau kelabu.
#6. ChinaPara pelajar di China mempunyai beberapa set pakaian seragam sekolah sama ada untuk hari biasa mahupun semasa bercuti, musim panas dan musim sejuk. Pakaian seragam untuk pelajar lelaki dan perempuan adalah hampir sama dan mereka dilihat seakan-akan memakai pakaian sukan.
#7. GhanaGhana, seperti kebanyakkan negara Afrika mempunyai kadar pendapatan yang amat rendah dan tahap kemiskinan yang tinggi. Jadi membeli pakaian seragam sekolah itu merupakan suatu cabaran untuk para pelajar mendapat pendidikan. Pada 2010, kerajaaan mereka mula memberi pakaian seragam secara percuma melalui bandar-bandar di negara itu.
#8. VietnamPara pelajar wanita memakai pakaian kebangsaan putih yang dipanggil “Ao Dai”. Di sesetengah sekolah, ianya hanya dipakai untuk tujuan tertentu sahaja seperti majlis-majlis khas.
#9. SyriaPakaian seragam sekolah di Syria telah bertukar dari warna khaki gelap ke warna yang lebih terang seperti biru, kelabu dan merah jambu sebelum konflik ketenteraan yang melanda disebabkan masalah politik yang berlaku. Ia merupakan simbol pengharapan untuk hidup lebih aman di negara itu.
#10. BhutanBhutan antara salah satu negara yang memakai pakaian tradisi kebangsaan mereka. Pakaian seragam untuk perempuan dipanggil “Kira” manakala bagi lelaki dipanggil “Gho”. Ada juga sesetengah pelajar menjadikan pakaian tersebut sebagai beg untuk membawa buku dan peralatan sekolah.
#11. Korea Selatan
Di Korea Selatan, kebanyakkan para pelajar menghabiskan masa di sekolah dari pagi hinggalah ke petang. Jadi tidak hairanlah pakaian seragam walaupun diluar waktu sekolah mahupun dikalangan selebriti.
#12. Sri LankaDi Sri Lanka, para pelajar perlu memakai pakaian seragam berwarna putih. Perempuan memakai kemeja, skirt dan bertali leher manakala bagi lelaki, kemeja beserta seluar pendek berwarna biru.
#13. RusiaPada 90an, pakaian seragam sekolah tidak diamalkan di Rusia. Tetapi sejak 2013, pentadbiran sekolah telah membuat peraturan mereka sendiri dengan mewajibkan setiap sekolah mempunyai pakaian seragam sendiri.
#14. Korea Utara
Di Korea Utara, pakaian seragam adalah wajib di setiap sekolah. Tetapi bahagian yang paling penting ialah sehelai selendang berwarna putih dililit di leher merupakan simbol sokongan parti politik Korea Utara.
#15. IndiaKebanyakkan sekolah di India mempunyai pakaian seragam yang wajib dipakai. Lelaki dikehendaki memakai baju berbutang bersama seluar pendek manakala perempuan pula memakai seluar panjang bersama kasut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady
Sumber: taiko tv