Pasal ‘Mee Goreng Mamak’ je..Kelakarnya Bengah dengan Che Pia ni

Pernah satu ketika dia menjadi tular kerana kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada adiknya yang Sindrom Down. Setiap kali Hammad Zamakhsari atau lebih dikenali sebagai Bengah memuat naik video atau foto bersama adiknya, Afiatul Salsabila atau Cik Pia, ia pasti menjadi perhatian ramai.

Nilai kasih sayang yang dipamerkan oleh seorang abang terhadap adiknya yang merupakan golongan istimewa ini, nyata mencuri tumpuan masyarakat. Ya, bukan mudah untuk menerima pandangan dan reaksi orang ramai tentang cara kita menguruskan anak-anak Sindrom Down. Ia sebenarnya amat mencabar mana-mana ahli keluarga yang mengalaminya, baik daripada aspek fizikal dan emosi.

Malah, berlaku juga kes di mana ahli keluarga berasa malu, aib lantas tidak dapat menerima kenyataan bahawa salah seorang ahli keluarga ‘terkait’ dengan insan istimewa pilihan Allah SWT ini. Seharusnya kita tidak perlu berasa malu. Ini mungkin salah satu ujian yang diberi oleh-Nya. Namun, apa yang dilakukan oleh Bengah #AbangYangPenyayang ini wajar kita jadikan contoh dan sumber inspirasi.

Yang pasti, setiap status yang Bengah kongsikan di media sosial harus difahami sebagai bukan untuk meraih simpati. Sebaliknya, Bengah lantang memberitahu dunia bahawa dia bangga kerana diberi peluang untuk menjadi saudara sedarah sedaging dengan insan OKU istimewa seperti adiknya, Cik Pia.

 

new 10 01 at 11 43 42 am

VIDEO:

“Mee Goreng Mamak” ????

A post shared by Hammad Zamakhshari (Bengah) (@makhlokmacho) on

Kredit foto: Instagram @makhlokmacho / admaxpt.club


Apa Kata Anda?