5 Pasangan Paling Versatil Di Sekitar AJL33 Yang Jarang Muncul Di Kaca TV.

Anugerah Juara Lagu (AJL) atau dipendekkan sebagai Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik secara tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan.

AJL 33 2019 menampilkan ramai penyanyi yang hebat-hebat dari generasi lama sehinggalah generasi terbaru.

Namun, apa yang menarik pada Malam Ajl ini pastinya ramai yang membawa pasangan masing-masing yang pastinya menarik perhatian.

5 Pasangan pilihan Sweet Nutella yang paling menonjol di sekitar AJL33.

Lagu Haram ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara 33 (AJL 33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menjadi Juara untuk Anugerah Juara Lagu 33 kali ini dengan lagu Haram! #AJL33 ⭐️⭐️⭐️

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Lagu Bunga nyanyian Ara Johari berjaya mengungguli tempat naib juara manakala lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar berada di tempat ketiga.

Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik manakala Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik.

AJL 33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala acara karpet merah yang berlangsung sebelum AJL 33 diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff.

Berikut merupakan keputusan penuh AJL 33:

Juara: Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Hael Husaini & Ezra Kong)

Hadiah: Wang tunai berjumlah RM50,000 bersama trofi.

Naib Juara: Bunga – Ara Johari (Hang Nadim, Laq & Kadok / Hang Nadim)

Hadiah: Wang tunai berjumlah RM35,000 bersama trofi.

Tempat Ketiga: Sampai Bila – Misha Omar (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya & Shah Shamshiri)

Hadiah: Wang tunai berjumlah RM20,000 bersama trofi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Vokal Terbaik #AJL33 jatuh kepada @mishaomar dengan lagu Sampai Bila 👏🏻 Memang tidak salah lagi pilihan juri! #AJL33 ⭐️⭐️⭐️

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Vokal Terbaik: Misha Omar – Sampai Bila

Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi.

Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi – Di Matamu

Hadiah: Wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi dan telefon pintar kamera kuad Samsung Galaxy A9.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah kepada Sufian Suhaimi @sufiansuhaimi_ , memenangi kategori Persembahan Terbaik #AJL33

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @BeritaSteady

Sumber foto : IG #ajl33


Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*